Selasa, 12 Ogos 2008

DI Lautan Ilmu





Aku menulis dengan kesedaran ,
Aku menulis dalam tenang...
Di sini, aku hanya pesantri,
Yang berdagang santri,

Di sini, aku hanya pelayar, di lautan ilmu yang dianugerah ilahi,
Cuba meraih setits ilmu Illahi,
Bintang di langit menjadi pedoman,
Buat diriku si pelayar...

Di sini, aku masih lagi aku,
Cuba berasimilasi dengan mereka

Siapa aku di lautan ini?
Adakah aku akan karam seperti mereka yang karam dilambung gelora nafsu?
Atau kan pulang dengan ilmu barakah ,

Siapa yang dapat memberikan aku jawapan yang pasti?
Siapa yang mengetahui nasibku ini?

Perlukah aku mengetahui apa yang akan terjadi?

Oh Jasmaniku yang lemah,
Janganlah kau cepat mengalah, hatimu ini butuh pengorbananmu,

Oh Rohaniku yang lemah,
Janganlah kau pula akan tanggungjawabmu,
Sedang kau mencari bekalan di dunia, jangan lupa akan bekalan akhirat...

Oh hatiku..
Kukuhkan tekadmu , jgn terpedaya akan hasutan nafsuku....

Isnin, 11 Ogos 2008

Impianku.....


Buat para pelayar sekalian... , Assalalamualaikum






Khamis lepas , En. Zul , pensyarah kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan memberikan kami lampiran untuk diisi. Tugasan ini mengkehendakkan saya memikirkan 4 perniagaan yang ingin ditubuhkan dan perlu diberikan mata berdasarkan beberapa kategori seperti kemahiran, bakat dll.

Saya tak perlu berfikir lama, dalam kepala dan hati saya, memang banyak perkara dan perniagaan yang nak saya laksanakan. Waktu dulu saya kuat berangan, jadi bila dah remaja ni, kurang sikit angannya, lebih sikit impiannya.. Apa beza impian dan angan – angan? Apa pula cita – cita, mimpi, azam dll? Banyak bezanya. Impian dan mimpi ini lebih kepada perkara – perkara yang kita ingin(keinginan) lakukan , tapi kita sendiri kurang pasti, kurang yakin, kurang bersedia, tiada kepercayaan, tiada keperluan untuk laksanakan. Umpama destinasi yang belum nyata,kita sendiri tak boleh tentukan mimpi kita(sebenarnya boleh... tapi tidak bagi yang tidak mahu tentukan) . Impian pula ialah sesuatu yang kita passion(teruja) nak laksanakan, tetapi kita bersabar dan tidak terburu –buru, kita sudah tentukan sasaran kita, dan berharap sasaran kita tidak tersasar (indahnya bahasa melayu, satu kata akar dapat membentuk dua perkataan yang berbeza maknanya) . Kita tentukan latar masa, dan tempat, kita tentukan watak kita, prop kita, umpama satu pentas, kitalah pengarahnya, kitalah yang Berjaya dalam pementasan itu. Dalam perjalanan menuju kedestinasi itu, kita tentukan jalan yang ingin kita tuju, peralatan dan bekalan kita, dan tentu sekali pendamping kita. Itulah bezanya , Dr Tengku Asmadi mahu semua anak didiknya menulis impian mereka, tetapi saya memilih untuk menulis dalam hati saya, supaya saya lebih bertanggung jawab dlm menjaga hati saya, agar impian saya tidak tercemar........

Apa impian saya? Apa cita – cita saya? Bagi mereka yang membesar dengan saya , antara cita – cita saya yang popular ialah pemain bola(waktu sekolah rendah, di Taming Jaya , waktu tu saya aktif bersukan), angkasawan (dari kelas menengah rendah ke tingkatan 4)dan bomba( sejak tingkatan 4 hingga sekarang), dan cita – cita saya sebagai pakar fizik, yang dididik oleh kedua ibu bapa angkat saya, sejak saya belajar buat mercun sendiri, itulah yang mereka impikan dari saya. Itu semua cita – cita saya, saya menghormati kesemua cita – cita saya, tapi kanak – kanak yang bermain kapal terbang di waktu kecil, belum tentu akan menjadi juruterbang(mungkin akan jadi superman jalanan). Perkara paling penting bukan pekerjaan kita pada masa akan datang , bagi saya , perkara paling penting ialah apa yang kita mahu lakukan, yang kita inginkan, memang kerja dan laku itu lebih kurang sama maknanya, tapi bagi saya, dalam konteks impian, kedua-duanya tidak sama.

Saya impikan hidup damai di masa akan datang, membuka sanctuary , pusat perlindungan hidupan liar. Itulah yang saya impikan, zaman sekarang, musuh nombor satu alam bukannya gergasi dalam cerita mitos, bukannya penyakit aids, tetapi wabak ketamakkan dalam komuniti manusia, yang mahu meragut kemakmuran alam, semua ini kerana satu kenyataan, bahawa manusia akan mati dan tidak akan kekal, biarlah aku gunakan semua sumber yang ada, anak cucu aku bukan tanggung jawab aku buat masa sekarang.... itulah kata mereka - mereka yang tamak. Pada saya, biarlah saya menutup pintu –pintu ini , saya mahu menjadi penjaga, pemegang amanah Allah , untuk generasi seterusnya. Saya tidak pernah melihat banyak hidupan yang pupus kerana generasi sebelum ini, dan saya tidak mahu generasi selepas ini rasa perasaan yang saya rasa.

Membina angan – angan sangat mudah, tetapi tidak untuk cita – cita , saya memerlukan sumber kewangan yang banyak untuk memenuhi impian saya , lantas saya memilih untuk membina imaginasi yang indah,rangkaian checkpoint untuk ke destinasi saya. Tanpa sedar, saya sudahpun melakar peta destinasi saya. Selepas tamat pengajian, saya akan kembali bekerja dibawah syarikat pembinaan yang saya kerja sebelum ini, ATC. Di sana saya akan kembali menyambung pelajaran dan pengalaman dalam bidang pembinaan. Kemudian saya akan buka syarikat bernama AZTéC, iaitu Azizul Trading én Construction. Syarikat pembinaan, di bawah syarikat ayah saya sendiri.Di sini, segala pengalaman saya dalam bidang pembinaan selama 5 tahun akan saya pergunakan, tambahan pula saya mempunyai banyak jaringan hubungan, bahkan hampir 98% saudara terdekat saya terlibat dalam pembinaan (saya berketurunan Indonesia) malah saya sendiri pernah menguruskan projek naik taraf di sekolah, secara kecil – kecilan. Sasaran saya bukan pasaran tempatan yang ternyata sedang lembap dan merosot, tetapi pasaran antarabangsa. Kini , syarikat pembinaan sudah mencapai tahap internasional, dan itulah yang saya ingin capai. Saya ingin memecah tradisi operasi pembinaan, kalau sebelum ini, 60% operasi dikuasai oleh kaum cina dalam hal perdagangan bahan mentah, 25% ialah kaum melayu yang menjadi kontraktor, dan 15% ialah kaum india yang terbabit dalam hal logistik. Saya akan pecah penguasaan ini.

Di checkpoint kedua, saya akan membuka perniagaan peruncitan. Di kelas petang tadi, Ku Mahirah bertanya soalan perbezaan antara peniaga dan usahawan(seperti yang dinyatakan , kami di kelas Asas Pembudayaan Keusahawanan) dalam bidang peruncitan kepada Syamsul, apabila Syamsul menghujah impiannya membuka kedai runcit. Saya yakin saya dapat berikan jawapan kepada persoalan ini. Bidang peruncitan tanpa disedari sudah pun mengalami banyak evolusi . Satu evolusi yang ingin saya ketengahkan ialah penggunaan internet, sistem pesanan ringkas, dan penghantaran. Bayangkan anda ialah seorang Quartermaster(penjaga) di rumah , balik rumah anda nak masak, anda kekurangan garam , gula, atau apa – apa bahan masakan, anda di tingkat 18 dan anda tidak tahu kedai runcit terdekat sebab anda terlalu sibuk. Melalui internet anda memesan beberapa barang , dan dalam tempoh 30 minit barang itu akan sampai di depan pintu anda. Tentu mudah bukan? Tetapi banyak kompleksiti berlaku dalam transaksi tadi, tempahan akan ditapis dan disahkan, lalu bayaran diterima melalui kad kredit atau kad debit, cawangan terdekat akan dihubungi untuk menguruskan operasi penghantaran. Tentu lebih mudah apabila kita tidak lagi perlu beratur di pasaraya bukan? Saya sudah pun beberapa kali mencuba dalam skala lebih kecil, dan berjaya . InsyaAllah, pengalaman dalam peruncitan sebelum ini akan dapat dipergunakan sebaik mungkin.

Di checkpoint ke tiga saya ingin membangunkan sebuah bangunan yang akan dinamakan Biblioholic (tiada dalam daftar kata inggeris, rasanya ciptaan wartawan kosmo! ) Worlds. Pada pendapat saya , membaca itu bukan saja memberikan ilmu, tetapi juga ketenangan, menjadi satu bentuk terapi. En. Mohammad Nor, cikgu saya di tingkatan enam sendiri mengakui,kalau menunggu tanpa buku, seminit macam sejam, lagi – lagi kalau tunggu wanita berbelanja :D . Golongan sasaran saya bukanlah pelajar atau kaki buku, tetapi golongan professional yang sentiasa diburu tekanan kerja . Pergilah ke bangunan berbentuk hemisfera itu, ada empat pintu yang anda boleh gunakan, setiap pintu akan membuai perasaan anda yang rungsing, dengan bauan serai liar , dan alunan alam sebagai halwa telinga anda, lantai yang direka umpama sungai serasi dengan bunyian alam tadi. Di depan ada , sepasang pembantu sedia membantu anda, terdapat ruang tertutup khas buat perokok yang ingin memuaskan nafsu mereka. Di lobby Terdapat juga ruang makan, dan ruang santai, sesuai untuk menunggu teman. Di aras pertama ialah ruang pentadbiran syarikat Al – Insyirah , Di aras dua ialah aras kedua ialah ruang untuk remaja, bahan bacaan , dan kelengkapan lain direka letak bersesuaian dengan jiwa remaja. Dengan bauan serai liar, bilik ini sesuai sekali dijadikan tempat untuk bersama teman. Terdapat juga gim berasingan untuk kegunaan pemuda dan pemudi. Di sinilah pusat belia bagi penduduk setempat. Di aras tiga pula khusus untuk pusat asuhan kanak – kanak, dengan tenaga kerja yang mahir, para pelanggan dapat mengurangkan beban di pundak . Setiap seksyen dikhaskan untuk golongan tertentu, sesuai dengan keperluan kanak –kanak . Di aras empat yang juga teratas, ialah khas untuk golongan dewasa. Bauan lavender, dan ros akan menjadi penyambut mereka, labuhkan badan anda di kerusi empuk, biarkan air dialirkan di kaki anda, sambil membaca buku yang anda pilih di aras bawah tadi. Air dihangatkan bersesuaian dengan keinginan anda. Biarkan diri anda dibuai perasaan berahi(teruja) bergelora. Benarkan tangan therapist menari di tapak kaki anda. Kesakitan itu sendiri merupakan kenikmatan.... Refleksiologi merupakan satu bentuk terapi, tanpa kalian sedar, ada banyak lagi bentuk terapi, malah, napping (tidur siang) merupakan satu bentuk terapi, terapi bentuk ini telah berkembang pesat dengan permintaan oleh para professional . Di sini, saya ingin mengetengahkan bacaan sebagai bentuk terapi, saya tahu ramai yang sedar dengan kenyataan bahawa kerap kali mereka tertidur dengan buku memandang mereka, tanpa mereka sedar, buku itu menjadi alat terapi buat mereka. Bagaimana saya mendapat keuntungan? Sewaan buku oleh mereka yang berminat, jarang sekali pembaca buku membiarkan buku tidak habis dibaca bukan? Di sini cara saya mengikat pelanggan. Perkhidmatan urutan, bayaran sebagai ahli, jualan sampingan seperti minuman kedua, makanan dan cenderahati,sewaan tempat untuk majlis, dll . Banyak keuntungan boleh dijana, daripada projek kemasyarakatan ini.... :D

Adakah perniagaan menjual buku menguntungkan? Bagaimana kalau saya katakan yang saya menjual buku untuk membeli buku? Dengan menjual buku – buku tekslah saya membeli buku- buku dan kelengkapan sekolah. Adakah tidak menguntungkan kalau buku – buku ini dapat memberikan keuntungan dengan kadar gross profit sebanyak 20% ? dengan menjual buku, saya dapat membina rangkaian perhubungan saya, saya yakin dengan perniagaan ini. Industri ini bukan industri picisan, nilainya berbilion setahun, kalau industri ini tidak menguntungkan, masakan buku Harry Potter menjadi fenomena dunia, buku tulisan , Conan Doyle , Sherlock Holmes tersebar dalam pelbagai bahasa, dan kisah Rainbowsix , watak ciptaan Tom Clancy diangkat menjadi permainan computer. Begitu juga kisahnya dengan fenomena ayat – ayat cinta......

Duhai temanku, doakanlah aku, Mohammad Azizul Bin Abd Aziz, berjaya menggapai impiannya. Sesungguhnya aku hanya insan biasa yang bergantung kepada pertolongan Allah, dan teman –temannya.Tolong hormati impian saya, tiada apa yang mampu saya kongsi, impian inilah harta saya, yang saya ingin kongsi bersama.......

Assalamualaikum........

M. Azizul B. B. Aziz

UDM , 10 Ogos 2008