Assalamualaikum,
Tentu ramai yang pernah menonton rancangan WaKenaBeb! Yang disiarkan di NTV7 bukan? Apa pendapat kalian? Adakah kalian bersetuju dengan perbuatan “pengena” yang berniat “bergurau”. Begitu juga segmen “Panggilan Hangit” di Radio HotFM. Adakah kalian juga sebahagian daripada mereka yang gemar menyakat kawan – kawan? Ala sekali sekala je.... biasalah member memang ske w at kite happy2 kan? Secara peribadi saya sendiri ada pengalaman disakat kawan – kawan. Mungkin ramai yang boleh menerima perbuatan kita, tetapi kesemuanya kah? Bagaimana kalau gurauan itu bertukar menjadi sesuatu yang menyebabkan hubungan kalian hancur? Adakah kalian bersedia mengambil risiko? Ish.. member2 je, bukan ada apa2pun, lagipun, bile dah wat mcm ni baru lah mesra skit kan?
Abu Al-Hasan r.a seorang sahabat yang pernah mengikuti Perang Badar dan Bai’at Al –Aqabah telah berkata Suatu ketika, kami sedang duduk bersama – sama dengan Rasulullah S.A.W. Tiba – tiba seorang lelaki bangun dengan meninggalkan kasulnya lalu meninggalkan tempat tersebut. Seorang yang lain pula, menyembunyikan sepasang aksut tersebut di bawah tubuhnya. Apabila lelaki yang keluar tersebut kembali, beliaupun berkata: “Dimana kasutku?” Mereka yang duduk di sana pun berkata: “Kami tidak melihatnya.” Tetapi lelaki yang telah menyorokkan kasutnya tersebut berkata: “Ini dia kasut kamu.” Oleh yang demikian , Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Apakah alasan kamu untuk menakut – nakutkan seorang muslim?” Lelaki itupun berkata: “Ya Rasulullah! Aku hanya melakukannya semata – mata dengan tujuan gurauan sahaja” Walaupun lelaki itu member alasan bahawa beliau melakukan perbuatan itu semata –mata untuk tujuan bergurau, tetapi Rasulullah tetap tidak menerima alasan ini. Oleh yang demikian, baginda s.a.w mengulangi pertanyaannya sebanyak dua atau tiga kali.
Tanpa kita sedar mungkin kita telah menyebabkan gurauan yang kita lakukan menjadi punca pergaduhan. Ramai yang menggunakan “innama ‘aqmanu binniat” sebagai dasar perbuatan mereka. Dalam sesetengah keadaan, niat membenarkan perbuatan, contohnya niat untuk terus hidup menyebabkan kita memakan sesuatu yang haram . tetapi dalam keadaan tertentu, niat tidak menghalalkan cara, contohnya membina masjid, dengan menggunakan hasil rompakan.
Rasulullah s.a.w bersabda : “Tidak halal bagi seorang muslim untuk menakutkan sesorang yang lain.” Jadi, adakah wajar untuk kita menakutkan kawan baik kita atas alasan gurauan? Bagaimana dengan kejutan Sesuatu kejutan bukanlah satu ketakutan. Sambutan atas kejayaan adik kita yang cemerlang dalam peperiksaan, dijalankan secara suprise bukan sesuatu yang menakutkan, jauh sekali menyebabkan pergaduhan. Ramai yang berkata, kita perlu berhikmah dalam berkata – kata , dalam perbuatan kita, kita tambah lagi, berhikmah dalam bergurau. InsyaAllah diredhai-Nya.
Assalamualaikum,
dan selamaat berpuasa