Selasa, 23 Februari 2010

Memahami Jiwa Seorang Manusia

 

Menurut kajian, 90% perangai seseorang itu terbentuk semenjak dari rahim lagi,

maknanya baki 10% terbentuk kesan pembentukan dan perkembangan seseorang

kanak – kanak. . . secara umumnya, ada empat kategori sifat semula jadi seseorang

  1. Sanguine
    1. Periang dan selalunya petah bercakap
    2. Terkenal dalam kalangan sahabatnya dan disenangi kerana sifat mesranya
    3. Selalunya cakap lepas dan tidak pandai menjaga hati orang lain.
    4. Hidupnya lebih kepada main – main dan selalu menghiburkan orang ramai
    5. dengan lawak jenakanya.
    6. Selalu berterus terang dan menganggap segalanya hanya gurauan.
    7.  
  2. Melancholy
    1. Emosional dan terlalu sensitif, mudah terasa walaupun dengan hal – hal
    2. yang remeh temeh.
    3. Selalunya pendiam dan sukar bergaul dengan orang ramai
    4. Selalunya menjadi lone ranger  kerana sifatnya yang berubah mengikut mood
    5. Cukup memahami keadaan orang lain berdasarkan situasi sendiri.
    6. Perfectionist, kemas dan teratur
    7. Bijak dalam merancang dan serius dalam hidup.
  3. Choleric
    1. Mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi
    2. Mempunyai daya saing yang tinggi dan dapat mencapai apa yang dihajati berdasarkan yang keras dan berterusan.
    3. Dapat membuat keputusan yang cepat dan tepat tanpa bantuan orang lain.
    4. Berkeyakinan tinggi.
    5. Suka mengarah dan kadang kala tidak disukai orang lain kerana arahan yang kurang berhemah
    6. Komited dalam tugas dan serius dalam hidup.
  4. Phlegmatic
    1. Easy-going.
    2. Relax dan tidak berkira.
    3. Rasa rendah diri dan tidak menonjolkan diri (low – profile)
    4. Boleh menyesuaikan diri kerana sifat yang lebih “pak turut”
    5. Paling baik berbanding kategori yang lain, tenang, sabar dan steady.
    6. Selalunya tidak berpendirian tetap.

kategori diatas ialah kategori yang disintesiskan oleh pakar psikologi. Bagaimanapun, setiap orang mempunyai tanggapan yang berbeza… anggaplah ilmu diatas sekadar maklumat tambahan dalam melayari hidup yang serba mencabar ini….

 

Assalamualaikum

 

 

“diadaptasi daripada buku menangani anak bermasalah daripada Datuk Dr. Fadhilah Kamsah

Tiada ulasan: