Selasa, 21 Disember 2010

Keikhlasan Hati Dalam Menuntut Ilmu

 
Ilmu mendahului amal, kerana ilmu adalah pokok dan syarat amal. Tanpa ilmu, tiada bezanya seorang mukmin dengan golongan Nasrani yang beramal tanpa Ilmu. Bagaimanapun, dalam setiap amalan tidak akan sempurna tanpa dipasakkan dengan tiga tiang, ilmu(pengetahuan) yang menggerakkan TAHU, iradah(keinginan) yang menarik MAHU, dan qudrah(kuasa) yang menerbitkan MAMPU.

Seseorang itu tidak akan menginginkan sesuatu yang tidak dikeTAHUi, lantas tanpa keMAHUan, seseorang itu tidak akan mengejar keMAMPUan melakukan sesuatu perbuatan(amal). Niat(kemahuan) jelas sekali bermula daripada ilmu, niatlah yang membezakan samada amalan seseorang itu diterima atau tidak. Niat jugalah yang menentukan samada sembelihan itu halal atau haram dimakan.


Jadi bagaimana mengikhlaskan niat (keMAHUan) dalam mencari ilmu(pengeTAHUan), dalam mencari kuasa(keMAMPUan) untuk mencapai mardhotillah? Dalam melaksanakan ibadah dan memperhambakan diri kepada Yang Maha Esa?Keikhlasan diri itu datangnya daripada Allah SWT, pintalah dengan sepenuh pengharapan, harapan yang sebenar hanyalah kepada Allah SWT.
Tanda-tanda ikhlas dapat disimpulkan seperti berikut:
  1. Menuduh diri berasa kurang sempurna dalam melaksanakan kewajiban kepada Allah.
  2. Merasa keikhlasan dalam diri itu tiada dan selalu mempertanya keikhlasan diri sendiri.
  3. Tidak terpengaruh dengan ujian atau celaan, tetapi tetap istiqamah.
  4. Tidak berubah walaupun manusia berubah dalam hal ketaatan atau kemaksiatan.
  5. Niat menjadi pusat pemerhatian dalam kehidupan.
  6. Berusaha merahsiakan amal kebaikan kecuali ketika memberi teladan kepada orang lain.

Tiada ulasan: