Jumaat, 9 November 2007

Kajang Oh Kajang.....

Pemandangan di sekitar kawasan perumahan Sungai Kantan, Kajang.

Petang ini , aku berkesempatan melalui kawasan ini, sebenarnya bukan kehendak aku, mak menyuruh aku membeli 2 ekor ayam , dan "kebetulan" bekalan ayam sudah kehabisan di Tesco---> uish... tak kan habis... kan Tesco pembekal makanan segar paling utama di N. Selangor? pengaruh syarikat terbitan keluarga yahudi terlalu hebat sehingga mampu menyumbang surat khabar ke sekolah kami--SAAS.

okey , sambung balik cerita, dan kesudahannya aku ter"paksa" membeli di Econsave yg kian kalah kepada syarikat Tesco.. sedih cerita nie? tak lo.. sambung balik....

untuk pulang, aku lazimnya memilih jalan sungai kantan, lampu isyarat di simpang Masjid Jamik sudah rosak... sama kesnya mcm waktu di B. Bintang. sebenarnya hampir setiap hari aku akan lalu jalan sungai kantan ini, tetapi hari ini, aku akan melaluinya pada waktu petang , dan sewaktu hujan...
terkejut juga bila tengok air hujan masih lagi bertakung di seberang jalan ... lagi2 kereta aku bukan kereta besar... karang mati tengah jalan... habis.. terpaksalah memikul ayam 3 kilo dibahu...

Masalah perparitan di Kajang bukan perkara baru, di Sungai Balak, tempat tinggalku misalnya , Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan , terpaksa melabur RM 3 juta ringgit melalui MPKj untuk pelaksanaan projek bersepadu untuk mengatasi masalah banjir di sana, termasuklah pembinaan jambatan baru pada tahun 2005 .

Satu perkara yg ironi di dalam pengurusan MPKj ialah, mereka telahpun menaikkan Cukai Taksiran sebanyak 10% pada tahun 2005 , dan akan menaikkan nya sebanyak 100% pada tahun ini.. dan sehingga ke tahun ini, dengan penambahan nilai cukai taksiran yg dibayar. MPKj masih lagi "pemalas" yang terus berdengkur dalam kelambunya, contoh paling mudah diingat ialah kes bekalan air melalui Logi rawatan air Sungai Semenyih pada tahun 2006 , JAS dipersalahkan berikutan pencemaran "senyap" yg dilakukan oleh MPKj, begitu juga Syabas.Syabas, kerana akhirnya kebenaran terserlah!. Pihak syabas kemudianya mengeluarkan laporan pencemaran Sungai Semenyih adalah kesan air kotor drpd pusat pelupusan sampah Sungai Chembong milik Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Akhirnya, bekalan air terpaksa diputuskan berikutan jumlah ammonia dalam air ialah 4.8 miligram seliter, berbanding tahap normal 1.5 miligram seliter, julat ini memberi petanda "BAHAYA" buat pengguna...

itu baru kes air... belum masuk kes CF lambat diterima seperti di Taman Sutera, berhampiran dengan rumahku....

argh.. penat nak fikir pasal MPKj nie.. patut2 aku je yg jadi YDP , kelemahan utama bagi aku bila kerajaan pusat dengan kerajaan negeri ada pertindihan kuasa ke atas kerajaan tempatan(mcm MPKj) laporan DUN Selangor menyebut MPKj kekurangan aset sebanyak RM 2.1 juta, ditangga kedua berbanding MPK yg bernakhodakan abg Z....

mcm - mcm ada di kajang nie.... bukan sate je....

Kawan2 kelas ku &citer My Boss My Hero

Okey, rasa2nya sesiapa yg belajar dengan aku untuk tahun 2006-2007 tahu aku serius orangnya, aku tak berapa bercampur sangat dengan classmate sebab reason aku masuk form 6 pun bukan untuk berkawan tetapi untuk dapat STPM... semua orang tahu aku perlu kan sangat sijil ini...sesuatu yg penting bagi aku...

kadang - kadang aku ralat juga , bila kenang kan , aku memang kesepian, sunyi giler.sampai rumah, masuk bilik, study , takpun mengelamun... lepas kerja, tidur, bangun tidur pergi sekolah... mcm tu lah aku, kawan2 baik aku semua sudah tinggalkan aku... diari aku sudah tak sentuh... takde masa, Cikgu siap kata lagi, sudah mati hati ini, aku sudah berhenti izinkan tinta mahalku mengacu ... cukup2lah kenangan lalu ... aku tak rasa bersalah tinggalkan kelas seminggu dua tiga hari, yang paling penting ialah memastikan perkara yg penting kekal penting..
kawan2 itu semua kemudian bagi aku....

entah kenapa aku terima DVD My Boss My Hero, mini series drpd Jpn drpd elfiandri.. tapi cerita ini memang beri kesan pada aku...banyak yg aku diamkan, aku gersang dengan kasih seorang teman, teman2 ku hanyalah mereka yg aku hubungi.. bukan yg aku temui... selesai menonton cerita yg mempunyai 10 episod ini, aku terdiam, aku selesai menonton pada pukul 4.00 am, beberapa jam sebelum peperiksaan MUET, dua hari sebelum majlis graduasi...

aku takut terima kenyataan, sesi persekolahan sudahpun tamat.... tapi itulah kenyataan... aku sudah gagal dalam peluang kali kedua, untuk kecapi nikmat bersekolah.sebagai mana aku gagal sewaktu aku di tingkatan 5...
adakah aku menyesal? tentu sekali tidak... itulah pengalaman aku , sesuatu yg kalian semua tidak akan lalui.. kenapa?sebab kalian semua pasti tak akan tinggalkan teman2 kalian selepas ini.

aku dewasa lebih awal drpd yg sepatutnya, hubungan di zaman dewasa ini jauh lagi payah berbanding hubungan dengan rakan kelas...di kelas, semua orang mempunyai matlamat yg sama, dan akan membantu rakan2 yg lain, mcm apa yg Gue Chang Ye , Bahiyah , dan rakan2 ku yg lain lakukan sewaktu aku di tingkatan 5, seperti apa yg dilakukan oleh Farazilla, Jaitripta, Zafirah, Exziuse lakukan pada aku tahun ini...
berbanding dengan zaman dewasa, semua orang berpotensi menikam kita, teman belum tentu teman, hubungan palsu kerap berlaku, lantaran matlamat yg berbeza...
aku sendiri sudah merasa dikhianat ....
itulah alam dewasa...

dalam melayari hidup sbagai dewasa, aku tahu remaja hanyalah khayalan yg tidak nyata... tetapi aku tahu, khayalan inilah yg mendewasakan remaja.. aku mungkin telah keluar drpd kekhayalan ni, tetapi aku akan merinduinya....

Kepada semua calon STPM 2007 SAAS , aku doakan kejayaan kalian,

Wassalam

Tengah hari di Bukit Bintang

aku dok mengelamun dalam keta....

Balik drpd SAAS dengan Exzieus ingat nak tengok DVD, filem Conan, tengah2 klimaks cerita ni, tiba2 pak haji, jiran sebelah minta tolong hantarkan ke Kedutaan Indonesia. Dengan rela hati lah aku hantarkan beliau....

okey2, lupakan cerita diatas, terus ke kisah balik drpd kedutaan, aku ingat nak terus balik sebab takut lupa jalan, tapi exziuse pulak ajak jalan2 sebab tak pernah ke kl... yelah dia jarang ke sana... issh... aku pun sama... jalan kat kajang pun tak abis ronda... baru nak merasa suasana kota... dah sangkut kat bukit bintang... terpaksalah berpanas dengan exziuse rumpang a/l geramu nie... :P .

tapi , entahlah, aku lalui salah satu tempat yg sibuk di sini, aku cuba jejaki perasaan mereka yang lalu di sini, dengan terlalu banyak kedai dan pasaran, kenapa mesti ada dua klinik bersebelahan? kenapa kena ada dua butik sebelah meyebelah? nampak terlalu sempit saingan, terlalu banyak pilihan... bagus ke?

Satu yang aku paling perasan , terlalu banyak pelancong asing di sini, mungkin sebab STAR HILL salah satu pusat tarikan kot... jd tempat ini jadi nadi kerancakan ekonomi di sini? mungkin.. perasaan aku yang kian hanyut dengan analisis impulsif terganggu lagi dengan kesesakan , bayangkan kalau simpang empat hilang kemudinya? lampu isyarat tak meyala dan semua kereta di sekat drpd kenderaan drpd hala kiri... maknanya takde kereta yg mampu melangkah walau seinci... nasib baik ada pakcik kri aku undur kebelakang, boleh aku maju and bagi trafik lancar skit... aik, DBKL dah sediakan jutaan ringgit utk ratusan CCTV area kl utk trafik, aku pun plan nak redirect kan cctv nie ke forum aku. apasal tak direpair lagi?

lantaklah... yg pasti pengalaman tengah hari di BB, ajar aku sesuatu.. nak tahu apa dia? pastikan sentiasa sediakan air dlm kereta... kering tekak tau..