Jumaat, 9 November 2007

Kajang Oh Kajang.....

Pemandangan di sekitar kawasan perumahan Sungai Kantan, Kajang.

Petang ini , aku berkesempatan melalui kawasan ini, sebenarnya bukan kehendak aku, mak menyuruh aku membeli 2 ekor ayam , dan "kebetulan" bekalan ayam sudah kehabisan di Tesco---> uish... tak kan habis... kan Tesco pembekal makanan segar paling utama di N. Selangor? pengaruh syarikat terbitan keluarga yahudi terlalu hebat sehingga mampu menyumbang surat khabar ke sekolah kami--SAAS.

okey , sambung balik cerita, dan kesudahannya aku ter"paksa" membeli di Econsave yg kian kalah kepada syarikat Tesco.. sedih cerita nie? tak lo.. sambung balik....

untuk pulang, aku lazimnya memilih jalan sungai kantan, lampu isyarat di simpang Masjid Jamik sudah rosak... sama kesnya mcm waktu di B. Bintang. sebenarnya hampir setiap hari aku akan lalu jalan sungai kantan ini, tetapi hari ini, aku akan melaluinya pada waktu petang , dan sewaktu hujan...
terkejut juga bila tengok air hujan masih lagi bertakung di seberang jalan ... lagi2 kereta aku bukan kereta besar... karang mati tengah jalan... habis.. terpaksalah memikul ayam 3 kilo dibahu...

Masalah perparitan di Kajang bukan perkara baru, di Sungai Balak, tempat tinggalku misalnya , Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan , terpaksa melabur RM 3 juta ringgit melalui MPKj untuk pelaksanaan projek bersepadu untuk mengatasi masalah banjir di sana, termasuklah pembinaan jambatan baru pada tahun 2005 .

Satu perkara yg ironi di dalam pengurusan MPKj ialah, mereka telahpun menaikkan Cukai Taksiran sebanyak 10% pada tahun 2005 , dan akan menaikkan nya sebanyak 100% pada tahun ini.. dan sehingga ke tahun ini, dengan penambahan nilai cukai taksiran yg dibayar. MPKj masih lagi "pemalas" yang terus berdengkur dalam kelambunya, contoh paling mudah diingat ialah kes bekalan air melalui Logi rawatan air Sungai Semenyih pada tahun 2006 , JAS dipersalahkan berikutan pencemaran "senyap" yg dilakukan oleh MPKj, begitu juga Syabas.Syabas, kerana akhirnya kebenaran terserlah!. Pihak syabas kemudianya mengeluarkan laporan pencemaran Sungai Semenyih adalah kesan air kotor drpd pusat pelupusan sampah Sungai Chembong milik Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Akhirnya, bekalan air terpaksa diputuskan berikutan jumlah ammonia dalam air ialah 4.8 miligram seliter, berbanding tahap normal 1.5 miligram seliter, julat ini memberi petanda "BAHAYA" buat pengguna...

itu baru kes air... belum masuk kes CF lambat diterima seperti di Taman Sutera, berhampiran dengan rumahku....

argh.. penat nak fikir pasal MPKj nie.. patut2 aku je yg jadi YDP , kelemahan utama bagi aku bila kerajaan pusat dengan kerajaan negeri ada pertindihan kuasa ke atas kerajaan tempatan(mcm MPKj) laporan DUN Selangor menyebut MPKj kekurangan aset sebanyak RM 2.1 juta, ditangga kedua berbanding MPK yg bernakhodakan abg Z....

mcm - mcm ada di kajang nie.... bukan sate je....

Tiada ulasan: