Jumaat, 9 November 2007

Tengah hari di Bukit Bintang

aku dok mengelamun dalam keta....

Balik drpd SAAS dengan Exzieus ingat nak tengok DVD, filem Conan, tengah2 klimaks cerita ni, tiba2 pak haji, jiran sebelah minta tolong hantarkan ke Kedutaan Indonesia. Dengan rela hati lah aku hantarkan beliau....

okey2, lupakan cerita diatas, terus ke kisah balik drpd kedutaan, aku ingat nak terus balik sebab takut lupa jalan, tapi exziuse pulak ajak jalan2 sebab tak pernah ke kl... yelah dia jarang ke sana... issh... aku pun sama... jalan kat kajang pun tak abis ronda... baru nak merasa suasana kota... dah sangkut kat bukit bintang... terpaksalah berpanas dengan exziuse rumpang a/l geramu nie... :P .

tapi , entahlah, aku lalui salah satu tempat yg sibuk di sini, aku cuba jejaki perasaan mereka yang lalu di sini, dengan terlalu banyak kedai dan pasaran, kenapa mesti ada dua klinik bersebelahan? kenapa kena ada dua butik sebelah meyebelah? nampak terlalu sempit saingan, terlalu banyak pilihan... bagus ke?

Satu yang aku paling perasan , terlalu banyak pelancong asing di sini, mungkin sebab STAR HILL salah satu pusat tarikan kot... jd tempat ini jadi nadi kerancakan ekonomi di sini? mungkin.. perasaan aku yang kian hanyut dengan analisis impulsif terganggu lagi dengan kesesakan , bayangkan kalau simpang empat hilang kemudinya? lampu isyarat tak meyala dan semua kereta di sekat drpd kenderaan drpd hala kiri... maknanya takde kereta yg mampu melangkah walau seinci... nasib baik ada pakcik kri aku undur kebelakang, boleh aku maju and bagi trafik lancar skit... aik, DBKL dah sediakan jutaan ringgit utk ratusan CCTV area kl utk trafik, aku pun plan nak redirect kan cctv nie ke forum aku. apasal tak direpair lagi?

lantaklah... yg pasti pengalaman tengah hari di BB, ajar aku sesuatu.. nak tahu apa dia? pastikan sentiasa sediakan air dlm kereta... kering tekak tau..

1 ulasan:

avar berkata...

jgn mengelamun! bahaya!