Ahad, 7 Disember 2008
Kembali menjadi Azizul yang asal.
Kembali menjadi Azizul yang asal.
Testimonial drpd Hafizah merupakan salah satu testimonial yang pertama ana terima sewaktu mula menggunakan jaringan sosial popular ; Friendster. Isi pokok dalam testimonialnya berupa perubahan ketara sikap ana sewaktu zaman sekolah rendah dan zaman sekolah menengah.
Mereka yang mengenali ana sejak kecil tentu kenal “nerd looking boy that always with his book” @ ana sendiri. Setiap kali masa terluang, ana lebih senang berborak dengan rakan – rakan di sebelah meja ataupun mengadap buku, tambahan pula ana berada di kelas kedua terpandai sewaktu itu , dan ana merupakan diantara pelajar – pelajar lemah di dalam kelas.
Lain jadinya sewaktu di sekolah menengah, buku “Berani Gagal” oleh Billy Lim pemberian ayah ana merupakan buku motivasi pertama yang ana baca. Buku itu jelas menceritakan pengalaman penulis yang merupakan aktivis sewaktu di zaman kampus. Buku itu menjadikan ana mula kecanduan karya – karya berat dan mula mencari buku – buku yang lebih sesuai dibaca oleh mereka yang lebih berusia daripada ana . Ana masih lagi ingat patah – patah bicara teman sepermainan ana yang juga rakan sekelas ana sewaktu tingkatan 1, “buku tu untuk budak - budak U la, ko kecik lagi tak payah baca buku tu” sewaktu ana memceritakan kisah kebangkitan beberapa tokoh zaman moden seperti mantan Presiden A. S, Abraham Lincoln , yang menghadapi banyak kegagalan sebelum berjaya.
Kesannya? Sewaktu tingkatan 2, ana menjadi Pengawas Pusat Sumber hasil recommend daripada Hafizah sendiri, dan di library, dia merupakan antara mangsa ana sewaktu berfalsafah. Sesungguhnya ana sangat – sangat terhutang budi dengan dia , bahkan dia merupakan orang pertama yang ana bicarakan sebagai kakak, walaupun kami sebaya. Walaupun tahap pendidikan dia jauh lebih tinggi drpd ana, dia tak pernah menunjukkan rasa jemu(sekurang – kurangnya depan ana ) melayan keletah ana.
Sepanjang zaman sekolah menengah, bagi ana, perkembangan diri ana sangat unik, memandangkan ana kerap dijadikan bahan ejekan dan kutukan berikutan status keturunan “lain – lain”(ana pure Indonesian) , ana menjadikan kaunselor dan guru sebagai teman no 1, bahkan ana digelar sebagai Prof sewaktu tingkatan 1 dan 2 memandangkan soalan - soalan ana yang berkaitan sains yang sering menyempang drpd silibus. Passion untuk bertanya begitu mendalam sehingga ke akhir tingkatan 6. Kecuali sewaktu tingkatan 3, ana juga cenderung membebaskan tekanan ana dalam penghasilan karya – karya sastera yang bagi ana tidak sia - sia, sehingga menwakili sekolah untuk penulisan sajak. Pn. Wan Jamilah sememangnya sebahagian daripada pencetus minat ana dalam penulisan.
Bagi ana , diri ana sewaktu itu memang berbeza dengan sewaktu di sekolah rendah, sewaktu sekolah menengah, walaupun ana kerap dibuli lantaran status ana, tapi ana masih lagi bergerak aktif dalam bidang ko kurikulum, terutama sebagai Pengawas Pusat Sumber. Walaupun kelihatan mudah, percayalah , banyak perkara yang kalian dapat pelajari sebagai Pengawas Pusat Sumber. Buat pencinta ilmu terutamanya…. Menjadi talkative , itulah perubahan paling besar, berbeza dengan ana sewaktu kecil yang pasif.
Kembali ke perkara pokok, pagi tadi ana ke Pusat Sumber Sekolah dalam misi mencari gambar – gambar lama , Elfiandri yang menemani ada menegur.. tak nak jadi mcm dulu ke? Saya tersenyum, melihat gambar- gambar saya sewaktu “muda” . Sememangnya saya kelihatan lebih menarik sewaktu dulu berbanding sekarang(berat ana sekarang 220 lbs) Seperti yang ana khabarkan, dahulu ana aktif dalam ko kurikulum, aktiviti kawat kaki sudah sebati dengan ana, kalau dulu, berlari 4 pusingan padang tanpa berhenti perkara mudah, sekarang untuk berlari 100 m sudah mampu membuat ana semput.
Kenapa sampai begini? Ana mula kurang aktif dalam sukan sewaktu tingkatan 6, sewaktu itu ana bekerja , dan juga belajar, keadaan kesihatan ana juga tidak begitu menggalakkan. Penyakit gouts membataskan gerakan ana, malah untuk berjalan saja sudah mampu membuatkan tapak kaki ana terasa terbakar. Sehingga sekarang ana cenderung menutup kaki ana , sebab terlalu sensitif. Permintaan daripada seorang teman supaya ana menambahkan berat badan juga diantara faktor meningkatnya berat badan ana,
Adakah menjadi keperluan untuk ana kembali kepada keadaan seterusnya? Di UDM ana seperti sewaktu di sekolah rendah, agak pasif dan cenderung ke buku, jarang sekali beriadah jasmani. Perkembangan itu bukan saja bermaksud bertambah, tetapi juga berkurangan, bilangan sel neuron dan tulang kita akan berkurangan mengikut usia, selaras dengan perkembangan biologi.Perkembangan sifat pula bagi ana masih lagi berada dalam satu landasan yang tidak lurus. Seperti yang diberitahu oleh Cikgu Rosli, manusia ini ada 4 ego, ego kanak – kanak , remaja, dewasa, dan orang tua. Di setiap tahap perkembagan biologi nilai ego ni akan berubah, tetapi masih lagi ada, sebab itu kadang kala, kanak – kanak bersifat perintah.
Mcm mana dengan ana? Like Insyirah said , just flow like a river ……
Do I Need to Change? Yes , to the better one, but how is the better one? I knew how is it. Just wait and see….
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan