Ahad, 7 Disember 2008
Mencari kembali haluan diri.
Assalamulaikum,
Pagi tadi merupakan pagi yang istimewa buat aku, panggilan drpd Firdaus menyedarkan aku kembali,Aku masih belum ziarah guru-guruku di sekolah. Masa yang terluang kini berpeluang untuk diisi dengan perkara-perkara yang bermanafaat. Sesungguhnya aku telah membesar dengan tarbiyah daripada para guru yang tidak pernah putus asa mendidik aku drpd tidak tahu membezakan antara kiri dan kanan, kepada seseorang yang Insya Allah boleh membantu sahabatnya mencari hala tuju mereka. Insyirah pernah berpesan;
“Sekiranya anta mahukan kejayaan duniawi, capailah dengan ilmu, dan sekiranya anta mahukan kejayaan ukhrawi, capailah dengan ilmu, dan sekiranya anta mahukan kejayaan kedua – duanya, capailah dengan ilmu.”
Bagi aku, ketinggian tahap ilmu seseorang insan bukan diukur dengan himpunan kata – kata pujian yang diperolehinya, bukan juga dengan nilai harta yang diterima mereka, tentu sekali bukan daripada naskah – naskah akademik mahupun picisan nukilan mereka. Bagi aku pengukur sebenar ketinggian tahap ilmu seseorang ilmuan ialah kerendahan diri mereka kepada penyampai –penyampai Ilmu Allah, yakni guru – guru kita. Malah, semakin kita mengetahui akan sesuatu perkara, semakin kita mengetahui kurangnya ilmu yang kita timba.Rata – rata penuntut Sek. Men. Keb. Sultan Abd Aziz Shah Kajang, pasti tidak pernah terlepas daripada kenyataan bahawa hidup mereka sedikit sebanyak terolah daripada kata – kata guru – guru di sekolah ini. Tidak salah kalau aku menyatakan, kehidupan mereka sekarang adalah hasil usaha mereka sendiri dalam menenun ilmu sebanyak mungkin, sama ada mereka berjaya memperoleh kain tenunan yang berkualiti tinggi dan mampu menghijab diri mereka daripada tipu daya dunia, atau hasilnya sekadar setebar kain yang mampu menutupi sebahagian daripada kejahilan mereka.
Ziarah hari ini sekadar sempai menemui Pn. Bahriyah dan Pn. Rosmawati. Kedua – duanya merupakan sebahagian daripada tenaga pentadbiran sekolah dan juga pernah mengajar aku. Pn. Bahriyah terlebih dahulu mengajar aku subjek Geografi sewaktu tingkatan 1 dan Pn. Rosmawati pula mengajar subjek Pengajian Am sewaktu tingkatan 6. Aku berbual dengan Pn. Bahriyah selama lebih kurang 3 jam dan hanya sempat berbual seketika memandangkan beliau kesibukan waktu. Kenaikan pangkat memberatkan lagi amanah yang dipikulnya, sememangnya tugas selaku Penolong Kanan HEM bukanlah tugas yang boleh dilakukan oleh kebanyakan orang. Perbualan dengan dengan Pn Bahriyah sememangnya amat dinantikan. Beliau yang juga ibu kepada teman baik aku, Hafizul memberikan banyak panduan dan pedoman, memandangkan aku, selaku anak remaja yang baru mengijakkan kaki ke gerbang ilmu kerap tersadung lantaran langkah yang tidak tersusun. Banyak yang kami bualkan, dari isu perlunya subjek ekonomi dijadikan subjek teras , hingga ke kisah percintaan anak remaja ^_^ . Satu perkara pokok yang dapat ku ambil daripada perbualan kami ialah perlunya aku membuat self appraisal ataupun muhasabah diri. Sememangnya keputusan aku untuk turut sama melayari alam kampus membuatkan hidup aku berubah 180° .
Aku mengambil keputusan untuk merangka semula susunan layar bahtera aku, sememangnya impian hidup matiku masih sama, Mardhotillah , dan tiada yang lainnya, tapi checkpoint – checkpoint yang akan ku ambil, sememangnya akan berbeza. Kami berbual, akan kebarangkalian untuk aku menyambungkan pelajaran sehingga master, dan kemudian berkhidmat sebagai tenaga pengajar. Tentu sekali menjadi penyampai ilmu – ilmu Allah ini satu tugas mulia dan menjadi impian setiap insan yang kehausan ilmu, Ilmu yang bermanafaat dan disebarkan itu ibarat saham akhirat yang tidak akan putus – putus memberi keuntungan buat mereka yang mengetahui, kan? . Kami juga berbincang halangan kecil yang sememangnya menjadi halangan besar buat orang yang memperbesarkannya. Cinta... ^_^ sekiranya aku telah meletakkan bahawa akan bernikah tahun depan, kemudian dianjakkan ke 5 tahun akan datang, mungkinkah aku akan anjakkannya sekali lagi? Sedangkan insan yang aku tunggu itu akan disunting setelah selesai dia menuntut ijazah. Aku pula pasti akan gagal memenuhi syarat – syarat yang ternyata seandainya memilih menjadi lecturer ... Biarlah.... Cinta Allah tak pernah merugikan ... ana rehda ...itu sajalah yang mampu aku katakan kepada hati. Insyirah sendiri pernah tegur... “Nampak mcm tak redha je.... “ bagi aku, sememangnya aku tak pernah pandai menzahirkan perasaan kasih, syukur dan redha.... walaupun hati redha... jasmani seolah – olah tak mahu menzahirkannya... pernah cikgu tegur waktu upacara penerimaan plat penghargaan , “muka berkerut je....” ye.... menerima penghargaan manusia... tak pernah mudah buat aku... kerap muka berkerut... takut hati ini riak atau sum’ah . Semoga keredhaan hati ini dapat dizahirkan , sememangnya keredhaan hati itu perlu dalam mengejar mardhotillah.
Kalau inginkan kejayaan Akhirat,
Perlulah ditanam dengan matlamat,
Barulah diri tidak akan sesat,
Barulah usaha terasa nikmat.
Assalamualaikum....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan