Khamis, 30 Disember 2010

Berapa kelajuan blog anda?

Kelajuan utk blog loading amat penting, kalau dah 3-5 minit pn still x abis loading... mmg buat sakit ati jugak la...

utk memastikan web/blog korg mmpu loading dgn cepat, cuba ;



  1. Saiz keseluruhan page tidak melebihi 80kb
  2. Gunakn external JavaScripts seminima yg mungkin
  3. Kurangkan image yg perlu di display
  4. Kurangkn saiz image seminima yg boleh
  5. Kurangkan saiz CSS (style) section
  6. Kurangkan HTTP request (host apa2 elemen pada server yg sikit.)

untuk analisis blog korg, amatlah di recommend kan gunakan Web Page Analizer


senang je... masukkan url blog utk di uji... then... result die bley la korg nampak ape yg kureng dan perlu diperbaiki... jgn lupe baca analysis and recommendation






selain itu, korg juga boleh 

1. buang widgets /scripts yang tidak perlu
~>; let say... adekah perlu streaming radio@ media player? perluke calender, clock@ widget2 flash lain?


2. minimakan saiz image
~>;  ada banyak cara utk meminimakan saiz image, antaranya menggunakan photo optimizer , seperti  yang disediakan oleh dynamicdrive atau imageoptimizer.net. kualiti gambar mungkin berkurangan tetapi berbaloi dgn saiz image yg lebih "kemas"


3. Simplifykan CSS
~>; CSS gunakan byk resource dlm blog korg, simplifykn CSS dpt bantu kurangkn tempoh blog loading, ada byk perkhidmatan CSS validator @ optimizer, antaranya;


CSS Validator


  1. CSS Validation Service
  2. CSS Check
  3. CSS Analyzer 

untuk optimizer plak,

  CSS Optimizer
  1. CSS Portal ~~~> seyes2... totally recommended
  2. Online CSS Optimiser 
  3. flumpcakes
  4. Code Beutifier
  5. Generate it 
4. Letakkan widget @ script d tempat yg btol!
~> ok, since kte ske letak widget, dan mmpergunakan script, 1 cadangan ialah letakkan script @widget kat bwh code templete (tgk jenis widget@ script eh...kadang2 menjadi) at least, blog content kuar dlu sblom script nak loading...dan...xdela pembaca kena tunggu lame2 dpn "petak kosong"


5. Kurangkan bilangan post yg akan kuar di front page
~>  semua html utk post akn direnderkan dan maknenye, makin banyak bilangan post...  mkin lambat la nak loading, kalaupn pakai summary code  (mcm yg saya pakai di blog ni) setiap html masih akan diloading, ttpi disummarykn.... jadi? bergantung pada kalian, brape byk post nk dimasukkan...kalau secara average, post anda dalam 400 perkataan, cukuplah 2 - 3 post, tapi kalau hanya 100 perkataan, letak byak sikit pn xpe... mcm ne nak ubah bilangan post?
G ke setting, corner ke formatting, dah jumpa? hah bagus.!!


Huh!

tapi...seyes cakap la.... kalo nk mudah... pakai cache, dan google chrome  ^^P senang citer....
stakat ni... blog ni...consider munasabah la... huhu...xde la lambat sgt... 

Khamis, 23 Disember 2010

Preview quality video sebelum download


Assalamualaikum

kebanyakan drpd kte  rasa x best ble kte download citer je, quality cter t x sebest nama fie (DVDrip,TS,CAMrip, etc). Dengan quota (dlm kes bband) dan bandwith yg sedikit... memang tension la...


 ada 1 cara mcmne nak preview qualiti video sebelum kte download keseluruhan file




1. Download part pertama  dlm kes ni, aq download file  "L.GUARDNS-xvid_MC8"





2. bile dah habis download part pertama, right click  file dan click  Extract Files.

Extract Files, bkn Extract Here



3. bile keluar window pop up (Extraction path and options), tick  checkbox bwh Miscellaneous "Keep broken files".



4. pahtu click ok, tunggu sampai die abis extract, bile die mintak second part, just click cancel!



5. file yg broken still disimpan, so bleh dibuka, dan dimainkn utk dinilai "berkualiti atau tidak"


P/s ; Entry ini dibuat time tgh tension tgk result sem 5 trun gedebuk.. so..sorry base2 nye agak luar biase

Selasa, 21 Disember 2010

Keikhlasan Hati Dalam Menuntut Ilmu

 
Ilmu mendahului amal, kerana ilmu adalah pokok dan syarat amal. Tanpa ilmu, tiada bezanya seorang mukmin dengan golongan Nasrani yang beramal tanpa Ilmu. Bagaimanapun, dalam setiap amalan tidak akan sempurna tanpa dipasakkan dengan tiga tiang, ilmu(pengetahuan) yang menggerakkan TAHU, iradah(keinginan) yang menarik MAHU, dan qudrah(kuasa) yang menerbitkan MAMPU.

Seseorang itu tidak akan menginginkan sesuatu yang tidak dikeTAHUi, lantas tanpa keMAHUan, seseorang itu tidak akan mengejar keMAMPUan melakukan sesuatu perbuatan(amal). Niat(kemahuan) jelas sekali bermula daripada ilmu, niatlah yang membezakan samada amalan seseorang itu diterima atau tidak. Niat jugalah yang menentukan samada sembelihan itu halal atau haram dimakan.


Jadi bagaimana mengikhlaskan niat (keMAHUan) dalam mencari ilmu(pengeTAHUan), dalam mencari kuasa(keMAMPUan) untuk mencapai mardhotillah? Dalam melaksanakan ibadah dan memperhambakan diri kepada Yang Maha Esa?Keikhlasan diri itu datangnya daripada Allah SWT, pintalah dengan sepenuh pengharapan, harapan yang sebenar hanyalah kepada Allah SWT.
Tanda-tanda ikhlas dapat disimpulkan seperti berikut:
  1. Menuduh diri berasa kurang sempurna dalam melaksanakan kewajiban kepada Allah.
  2. Merasa keikhlasan dalam diri itu tiada dan selalu mempertanya keikhlasan diri sendiri.
  3. Tidak terpengaruh dengan ujian atau celaan, tetapi tetap istiqamah.
  4. Tidak berubah walaupun manusia berubah dalam hal ketaatan atau kemaksiatan.
  5. Niat menjadi pusat pemerhatian dalam kehidupan.
  6. Berusaha merahsiakan amal kebaikan kecuali ketika memberi teladan kepada orang lain.

Filem, Sang Murabbi


1 lg cerita yg saya nak kongsi, cerita ni juga kisah benar, garapan drpd kisah hidup K. H Rahmat, politikus unggul Indonesia. semoga pengajaran drpd filem inimenegakkan belikat iman kita.. InsyaAllah


Sang Murabbi

Memotretkan kisah hidup K.H. Rahmat Abdullah, salah seorang pendiri Islam di Indonesia,
Filem ini cuba mempamerkan betapa perlunya sang murabbi dalam masyarakat dan betapa
perlunya murabbi itu kuat dalam meneruskan juang dakwahnya.
terus terang azizul baru sahaja semalam menonton filem ini, walaupun sudah lama diterbitkan.
dan terus terang hati ini kerap bergetar sepanjang menonton filem ini.
semoga dimanfaatkan...

dan semoga Allah mencucuri Rahmat kepada Almarhum, Amin....

Trailer


Download links;
http://rapidshare.com/files/303631900/sang_murabbi.wmv.001
http://rapidshare.com/files/303633109/sang_murabbi.wmv.002
http://rapidshare.com/files/303631989/sang_murabbi.wmv.003
http://rapidshare.com/files/303631669/sang_murabbi.wmv.004
http://rapidshare.com/files/303629384/sang_murabbi.wmv.005

Filem, MUHAMMAD THE LAST PROPHET



Assalamualaikum


Ha...sebagai pengaktif blog ini (yg masih dlm pembaikan...) saya nak kongsi 1 filem animasi yang menarik!


seriously speaking citer ni mmg patut ditonton oleh adik2 kte..xkn nak bg layan cite otomen, shin chan etc kn?  cerita ni ialah kisah hidup Rasulullah SAW dan telah mendapat sokongan drpd badan peneliti drpd Universiti Al-Azhar.. Kenalilah Role Model kita.... Pembimbing kita...


^^^




Muhammad: The Last Prophet is an animated movie produced by Badr International and directed by Richard Rich. The movie was released in limited cinemas in the United States and the United Kingdom. The movie focuses on the early days of Islam and Muhammad.

Like in The Message, an earlier live-action film, Muhammad is not depicted. So whenever he is spoken to, or is in a scene, the character speaking to him faces the camera.
(wikipedia)
download link
http://www.mediafire.com/?c0dtcn5l7r3t9w2
http://www.mediafire.com/?l5h6k9oy38nw9n3
http://www.mediafire.com/?gd04043k0deej3u

Selasa, 23 Februari 2010

Memahami Jiwa Seorang Manusia

 

Menurut kajian, 90% perangai seseorang itu terbentuk semenjak dari rahim lagi,

maknanya baki 10% terbentuk kesan pembentukan dan perkembangan seseorang

kanak – kanak. . . secara umumnya, ada empat kategori sifat semula jadi seseorang

  1. Sanguine
    1. Periang dan selalunya petah bercakap
    2. Terkenal dalam kalangan sahabatnya dan disenangi kerana sifat mesranya
    3. Selalunya cakap lepas dan tidak pandai menjaga hati orang lain.
    4. Hidupnya lebih kepada main – main dan selalu menghiburkan orang ramai
    5. dengan lawak jenakanya.
    6. Selalu berterus terang dan menganggap segalanya hanya gurauan.
    7.  
  2. Melancholy
    1. Emosional dan terlalu sensitif, mudah terasa walaupun dengan hal – hal
    2. yang remeh temeh.
    3. Selalunya pendiam dan sukar bergaul dengan orang ramai
    4. Selalunya menjadi lone ranger  kerana sifatnya yang berubah mengikut mood
    5. Cukup memahami keadaan orang lain berdasarkan situasi sendiri.
    6. Perfectionist, kemas dan teratur
    7. Bijak dalam merancang dan serius dalam hidup.
  3. Choleric
    1. Mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi
    2. Mempunyai daya saing yang tinggi dan dapat mencapai apa yang dihajati berdasarkan yang keras dan berterusan.
    3. Dapat membuat keputusan yang cepat dan tepat tanpa bantuan orang lain.
    4. Berkeyakinan tinggi.
    5. Suka mengarah dan kadang kala tidak disukai orang lain kerana arahan yang kurang berhemah
    6. Komited dalam tugas dan serius dalam hidup.
  4. Phlegmatic
    1. Easy-going.
    2. Relax dan tidak berkira.
    3. Rasa rendah diri dan tidak menonjolkan diri (low – profile)
    4. Boleh menyesuaikan diri kerana sifat yang lebih “pak turut”
    5. Paling baik berbanding kategori yang lain, tenang, sabar dan steady.
    6. Selalunya tidak berpendirian tetap.

kategori diatas ialah kategori yang disintesiskan oleh pakar psikologi. Bagaimanapun, setiap orang mempunyai tanggapan yang berbeza… anggaplah ilmu diatas sekadar maklumat tambahan dalam melayari hidup yang serba mencabar ini….

 

Assalamualaikum

 

 

“diadaptasi daripada buku menangani anak bermasalah daripada Datuk Dr. Fadhilah Kamsah

Khamis, 18 Februari 2010

Kenapa dah lama tak update blog?

Assalamualaikum,

Ada beberapa teman seperjuangan bertanya, kenapa dah lama tak update blog? Jarang ke Al-Insyirah? Mahupun ke Forum MAP, dan Forum dr Tuah? Kenapa menyepi dari ruang siber?

Terlalu banyak perkara yang berlaku pada diri ini… banyak factor luaran dan dalaman yang menghalang azizul kembali memeriahkan ruang maya… azizul cuba memperkuatkan diri untuk kembali “releven” !!!

Azizul masih lagi di UDM(yg khabarnya bakal berubah nama), masih lagi org yg sama, kecuali memegang tanggung jawab baru , amanah2 baru.. yg sedikit sebanyak menyempitkan ruang dan waktu utk azizul kembali ke sini….

Apa2pun.. doakan azizul berjaya dalam urusan azizul….

Assalamualaikum..

 

 

p/s ; azizul baru je buka account fb, sesiapa yg ada fb, add la :)