Ahad, 11 Oktober 2009

Taktala dunia murka

Dulu, saya pernah diamanahkan oleh guru utk mengkisahkan bibit – bibit peristiwa tsunami yang melanda acheh beberapa tahun dulu .

“Sebuah sajak tentang bencana alam” pinta Cikgu Wan Jamilah

Tahun sebelumnya karyaku juga dipilih menjadi wakil, dan berjaya menjadi johan. Mungkin sebab itu dia benar – benar yakin saya akan dapat mengulangi kejayaan “kecil”.

Huh!, walaupun kecil di mata orang, tapi besar bagi aku!

Rasa – rasanya karya yang dipertandingkan berkait rapat dengan peristiwa tsunami yang baru melanda. Karya “taktala Samudera Murka” yang telah disemak oleh mentor terhormat Pn Hanizah menjadi sandaran ku, sekali lagi menjadi johan.



Selang beberapa tahun , Indonesia sekali lagi dilanda bencana , gempa bumi yang melanda Padang berukuran 7.6 skala Ritcher.

Separuh daripada kawasan provinsi Padang musnah dengan anggaran 170,000 hingga 200,000 rumah rosak, 90,000 daripadanya musnah teruk.

Angga kematian dijangka melebihi 3,000

Penduduk di daerah Padang yang berjumlah 900,000 kini diancam wabak. Kebanyakan daripada mereka gagal mendapat bantuan makanan yang disalurkan. Pihak kerajaan tempatan tegas menyatakan urusan penyaluran bantuan berjalan dengan lancar dengan risiko rasuah “amat tipis”....
gempa2
Bahkan kelmarin, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengkritik pihak berkuasa di kawasan bencana kerana tidak memberi tumpuan kepada keperluan kecemasan dan lebih mementingkan pembangunan semula.

"Saya melihat laporan melalui televisyen banyak kotak di lapangan terbang dan ia tidak dihantar kepada mangsa. Ini tidak adil. Ia adalah barang keperluan," kata gabenor Sumatera Barat, Gamawan Fauzi.

Rasuah

Kerajaan menjanjikan peruntukan 6.0 trilion rupiah (RM2.18 bilion) bagi usaha pembangunan semula di Sumatera Barat. Bagimanapun, kemungkinan untuk wang sejumlah itu sampai ke mereka yang benar – benar amatlah sukar. Masalah ketirisan yang berlaku dalam kalangan birokrat Indonesia sememangnya serius. Begitulah kalau hukum syariat sekadar disorok di balik lipatan kitab – kitab kuning, bukan dimenifestasikan ke satu pelan tindakan, yang menghasilkan satu keputusan yang menguntungkan... bukan?

Negara yang mempunyai 234 juta penduduk ini berada di tangga ke-126 dalam indeks persepsi rasuah yang dikeluarkan oleh pertubuhan Transparency International (TI), meletakkannya setanding dengan negara-negara Afrika seperti Uganda dan Libya.Tapi jangan disangka hanya negara – negara miskin saja terlibat dengan rasuah(Malaysia?). Korea Selatan secara formalnya beranggapan rasuah sebahagian daripada amalan yang boleh diterima menurut kod etika mereka. Bagaimana dengan Libya? Bukankah negara ini sebahagian daripada negara islam yang lantang menentang A. S? Walau apapun, ingatlah, rasuah itu haram, lihatlah bagaimana Nigeria yang merupakan antara negara terkaya di Afrika satu waktu dulu, kini dikekang dengan masalah kemiskinan terlampau dengan kebanyakan dari penduduknya berpendapat kurang daripada $1 sehari. Malah, merekalah juara scam dan fraud berasaskan internet.

Nasib baik Malaysia tak terkena tempias

Bagi masyarakat Malaysia pula , mereka sepatutnya bersyukur kerana mereka terselamat daripada bencana “taktala dunia murka”. Ketika dunia dikejutkan dengan turutan bencana alam, bencana tsunami di barat Samoa, ribut di Filipina, banjir teruk di Selatan India dan gempa bumi di Padang, mereka sekali lagi dilindungi Allah SWT .Betulkah?
gempa3

Setiap insan memandang sesuatu mengikut pertimbangan mereka, mengikut ilmu mereka, mengikut hati mereka. Bagi sesetengah orang yang culas mengkaji, cenderung menghukum, mungkin mereka beranggapan Indonesia dan yang lain ditimpa bala. Tambahan pula hubungan antara dua negara beradik ini agak goyah berikutan kes tarian pendet.

Musibah yang menguatkan hati
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Surah Al –‘Ankabuut:2

Sedang bagi mereka yang sedang kusyuk kerinduan bertemu Illahi, ujian besar ini ialah tanda turunya Musibatul Bala’.

Bukankah musibah itu terbahagi kepada tiga; musibatul azab(musibah penghapus azab), musibatul Bala’(musibah untuk menguji), dan musibatul tarbiyah(musibah yang mendidik diri) . dari tiga – tiga sudut pandang ini, adakah yang berbentuk kecelakaan yang mencela ? bukankah ketiga – tiga bentuk musibah ini berbentuk bantuan daripada Allah SWT ?

Bukankah acap kali kita berkata

Segala yang baik datangnya daripada Allah SWT, dan segala yang buruk datang dari diri saya sendiri

Bukankah SEMUA perkara datang dengan izin Yang Maha Mengetahui?

Ummat islam bukan golongan fatalistic yang berteleku dan menyerahkan urusan dunia kepada takdir tanpa menggerakkan sebarang sendi . Bukan juga golongan optimistic yang percaya dialah penentu kejayaan yang tuntas, lantas andai gagal menyalahkan Tuhannya kerana menggagalkannya , lalu memilih jalan pintas seperti bunuh diri?

Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur bukan? Kerana terlepas dari musibah, lagipun tanah yang kita pijak bukanlah berada di Lingkaran Api Pasifik!
Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahwa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, dan mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran? Surah At Taubah;126



Mungkinkah ini ialah ujian bagi kita?

“come on la Z-zul, kenapa ko nak bandingkan iman kami dengan iman bangsa yang penuh dengan sifat liberalisme tak bertempat, yang benarkan persundalan , yang kahwin campur antara agama menjadi trend?”

Siapakah kita untuk menilai iman seseorang? Adakah kita cukup beriman?hanya kerana dipandang sebagai contoh negara islam membangun?

Pernahkah kita memberi satu penilaian yang jujur dan adil ? adakah islam di Malaysia pada nama ? adakah kita jadi orang islam, atau hidup sebagai orang islam. Berapa ramai dalam kalangan kita yang cukup 5 waktu solat di masjid? Di terengganu ini , kalau ada yang tak jumpa masjid, mungkin dah tersalah masuk negeri. “,

Pernah kita menilai bilangan kota santri di Indonesia, bilangan ilmuan Indonesia, bilangan karyawan Indonesia , berapa ribu da’ie dan Murabbi yang dihantar berdagang santri ke sana saban tahun? Andai dicari ialah kesalahan , tentu sekali yang kita jumpa ialah kesalahan.

Acapkali kita memandang yang lebih “bertuah” dari kita, nafsu kita kian gelora, minta dipenuhkan dengan nikmat – nikmat yang menggila,

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: "Tuhanku telah memuliakanku." Surah Al Fajr; 15


Acapkali kita memandang yang lebih “malang” dari kita, nafsu kita kian gelora, minta dijauhkan dari sifat yang menghina , kemiskinan itu satu yang menghinakan....... “Tuhanku menghina aku!!”

Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata:"Tuhanku menghinakanku" Surah Al Fajr; 16




Wallahu ‘alam

Nurfatah

Doa , meminta atau mengharap.

doa



Islam menjelaskan bahawa senjata utama seorang muslim ialah doanya. Sejauh mana ketajaman “pedang” ini bergantung kepada diri kita sendiri. Andai kiranya kita ialah seorang penzina, masakan sama dengan doa seorang wali. Begitulah sebaliknya



Sewaktu fenomena “kehangatan” kisah penjarahan rejim zionis keatas Palestin semester lepas, ana pernah menegur teman kepada teman ana melalui telefon, “ saudara mara kita di Palestin sedang sengsara diserang, kita di sini seronok plak tengok juara lagu...”
Dia membalas dengan kata – kata pedas “ takkanlah nak aq duduk atas sejadah 24 jam!”
Adakah perlu kita berteleku 24 jam sebagai seorang muslim yang dididik perjalanan sunnatullah di muka bumi ini? Kita perlu makan, minum, berhibur, beriadah dan berehat. Bukan bersipu hingga kepenatan diatas sejadah semata – mata. Perkara yang kita lakukan sememangnya perkara yang PERLU dan betul. Tetapi bagaimana cara kita melaksanakan itu lebih penting. Bagaimana cara yang betul dalam berhibur. Sewaktu peristiwa penyelembihan para sahabat, Rasulullah mengajar kita melaksanakan qunut nazilah. Sewaktu peristiwa sahabat kita sengsara dirundung malang, kita dituntut membawa sifat empati mendekati simpati. Yang penting ialah melakukan perkara yang betul dengan cara yang betul..




doa2




Bagaimana dengan berdoa?
Adakah kita berdoa dengan cara yang betul?
Kenalan ana pernah mengajar ana , bezanya doa seseorang muslim itu, antara mengharap dan meminta. Adakah kita meminta pertolongan kepada Allah, atau kita meminta pertolongan semata – mata. Seandainya kita memerlukan sesuatu yang kita harap, tentu sekali kita akan berusaha mendapatkannya. Disitu dapat kita pastikan betapa doa itu sendiri ialah sebahagian daripada usaha. Dengan doa yang penuh dengan pengharapan , timbul keredhaan dan tawakkal. Bukan seperti peminta yang bersungut andai tidak dikabulkan permintaanya. Allah S.W.T mengetahui apa yang terbaik untuk kita, bukan seperti Jin Aladdin yang mengkabulkan tanpa mengira baik buruk sesuatu. Janganlah menzalimi diri kita dengan berlaku syirik. Percayalah Allah tidak akan mempersiakan doa – doa hamba-Nya.

Bukankah Allah S.W.T pernah berfirman.
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.

Bukankah kita dididik rahmat Allah tidak terbayang besarnya dan tiada bandingan dengan apa yang mampu dipohon oleh kita?Telusuri sanubari kita , adakah selama ini kita berdoa dengan berharap kepada Allah S.W.T
Atau sekadar berdoa dan meminta kepada-Nya, kemudian meletakkan harapan kepada ciptaan-Nya?
Firman Allah Taala "Dan apabila gelombang dari segenap penjuru menimpanya dan mereka sedar bahawa mereka didalam kepungan bahaya, mereka berdoa kepada Allah dengan ikhlas semata-mata kepadaNya. Mereka berkata: sesungguhnya jika Engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang bersyukur" (Yunus:22)

Semoga Mendapat manfaat.
Nur Fatah
www.mujibuddin.wordpress.com

Selasa, 25 Ogos 2009

WakenaBeb!! & Panggilan Hangit, Gurauan atau Bisikan Syaitan


Assalamualaikum,


Tentu ramai yang pernah menonton rancangan WaKenaBeb! Yang disiarkan di NTV7 bukan? Apa pendapat kalian? Adakah kalian bersetuju dengan perbuatan “pengena” yang berniat “bergurau”. Begitu juga segmen “Panggilan Hangit” di Radio HotFM. Adakah kalian juga sebahagian daripada mereka yang gemar menyakat kawan – kawan? Ala sekali sekala je.... biasalah member memang ske w at kite happy2 kan? Secara peribadi saya sendiri ada pengalaman disakat kawan – kawan. Mungkin ramai yang boleh menerima perbuatan kita, tetapi kesemuanya kah? Bagaimana kalau gurauan itu bertukar menjadi sesuatu yang menyebabkan hubungan kalian hancur? Adakah kalian bersedia mengambil risiko? Ish.. member2 je, bukan ada apa2pun, lagipun, bile dah wat mcm ni baru lah mesra skit kan?


Abu Al-Hasan r.a seorang sahabat yang pernah mengikuti Perang Badar dan Bai’at Al –Aqabah telah berkata Suatu ketika, kami sedang duduk bersama – sama dengan Rasulullah S.A.W. Tiba – tiba seorang lelaki bangun dengan meninggalkan kasulnya lalu meninggalkan tempat tersebut. Seorang yang lain pula, menyembunyikan sepasang aksut tersebut di bawah tubuhnya. Apabila lelaki yang keluar tersebut kembali, beliaupun berkata: “Dimana kasutku?” Mereka yang duduk di sana pun berkata: “Kami tidak melihatnya.” Tetapi lelaki yang telah menyorokkan kasutnya tersebut berkata: “Ini dia kasut kamu.” Oleh yang demikian , Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Apakah alasan kamu untuk menakut – nakutkan seorang muslim?” Lelaki itupun berkata: “Ya Rasulullah! Aku hanya melakukannya semata – mata dengan tujuan gurauan sahaja” Walaupun lelaki itu member alasan bahawa beliau melakukan perbuatan itu semata –mata untuk tujuan bergurau, tetapi Rasulullah tetap tidak menerima alasan ini. Oleh yang demikian, baginda s.a.w mengulangi pertanyaannya sebanyak dua atau tiga kali.


Tanpa kita sedar mungkin kita telah menyebabkan gurauan yang kita lakukan menjadi punca pergaduhan. Ramai yang menggunakan “innama ‘aqmanu binniat” sebagai dasar perbuatan mereka. Dalam sesetengah keadaan, niat membenarkan perbuatan, contohnya niat untuk terus hidup menyebabkan kita memakan sesuatu yang haram . tetapi dalam keadaan tertentu, niat tidak menghalalkan cara, contohnya membina masjid, dengan menggunakan hasil rompakan.


Rasulullah s.a.w bersabda :
“Tidak halal bagi seorang muslim untuk menakutkan sesorang yang lain.” Jadi, adakah wajar untuk kita menakutkan kawan baik kita atas alasan gurauan? Bagaimana dengan kejutan Sesuatu kejutan bukanlah satu ketakutan. Sambutan atas kejayaan adik kita yang cemerlang dalam peperiksaan, dijalankan secara suprise bukan sesuatu yang menakutkan, jauh sekali menyebabkan pergaduhan. Ramai yang berkata, kita perlu berhikmah dalam berkata – kata , dalam perbuatan kita, kita tambah lagi, berhikmah dalam bergurau. InsyaAllah diredhai-Nya.

Assalamualaikum,
dan selamaat berpuasa

Ahad, 23 Ogos 2009

Riba’- Jangan sulitkan lagi keadaan!! (siri 1)

Assalamualaikum,


Ramai dalam kalangan penuntut ilmu Kewangan Islam berkeyakinan system perbankan islam yang diamalkan “bukan yang sebenar”. Ada yang terlalu pesimistik dengan mengaggap sistem perbankan islam hanyalah “bullshit”. Pada tahun lepas, ana berkesempatan melawat Kementerian Kewangan Malaysia. Program lawatan ini dianjurkan oleh Kelab Kewangan Islam UDM. Dan dengan tersentaknya hati ini apabila pegawai kementerian sendiri berkata “ Kewangan Islam ini Bullshit (nonsense) je, just tukar istilah sahaja kan? “ . Tak sampai sebulan menuntut Ilmu kewangan islam, kini terpaksa berdepan dengan Pegawai MOF yang beragama islam (berdasarkan namanya) beranggapan bidang ini hanya bidang hipokrit(munafik) . Bagi sesetengah golongan, mungkin Islamic banking hanya terjadi apabila interest ditukar kepada caj, pinjaman kepada perkongsian. realitinya? Tidak!!

Itu kisah tahun lepas, pengalaman dengan pegawai MOF yang mungkin tidak sempat belajar bidang ini. Bagaimana dengan penuntut – penuntut bidang ini yang hanya mempelajari bidang ini disebabkan pertumbuhannya yang kian pesat dan menguntungkan? Beberapa hari yang lepas saya pernah berbincang dengan beberapa orang kawan mengenai realiti hidup ini, betapa banyak perkara yang bersangkutan dengan riba kita lepas pandang. Kata – kata Rasulullah bahawa di akhir zaman, riba ini akan bertabuaran seperti debu dan tidak akan lepas daripadanya memang benar. Mungkin ramai yang tidak tahu, Riba Jahiliyah yang diamalkan sejak zaman Jahiliyah masih lagi teramal dalam kehidupan kita seharian. Riba Jahiliyah (juga digelar Riba Al-Quran kerana disebut pengharamannya di dalam Al-Quran) berlaku apabila berlakunya penambahan apabila pinjaman itu ditangguhkan bayarannya. Misalnya sekiranya seseorang itu meminjam RM 100, dan mesti membayar kembali dalam masa 10 hari. Kemudian gagal dibayar, maka pemberi hutang meminta tambahan RM 1 sebagai denda tambahan dan hutangnya kini berjumlah RM 101. RM 1 itu ialah riba. Bagaiman dengan institusi seperti perpustakaan yang mengenakan denda sekiranya pengguna lewat memulangkan buku? Itu semua ialah denda. Satu kebenaran yang sedikit sebanyak menusuk dibenak hati lantaran saya sendiri bekas Pengawas Pusat Sumber dahulu.

Adakah sesuatu yang melampau sekiranya Perpustakaan dicap sebagai institusi riba’? ya saya setuju, memang melampau. Tetapi hukum tetap hukum, sekiranya sesuatu itu sudah dicap haram dalam islam. Maka ianya kekal haram (melainkan haram sementara). Bagaimanapun , Allah Maha Mengetahu, tidak akan menutup kesemua jalan untuk dilalui hamba-Nya. Jalan yang sepatutnya untuk denda bukan melalui “tambahan”(riba) tetapi boleh jadi melalui larangan pinjaman buat sementara waktu. Atau melalui denda kerja amal di Pusat Sumber. Bahkan dana yang dikutip daripada bayaran denda lewat pulang buku tidaklah terlalu lumayan. Tidak keterlaluan kalau saya katakan tidak membuahkan hasil. Denda RM0.10 sehari tidak akan menipiskan poket pesalah dan acap kali mereka mengulangi kesalahan yang sama.

Adakah sesuatu yang menyulitkan andai kita mengamalkan ilmu diatas? Andai kalian tidak mahu terlibat dengan riba’ Al-jahiliyah, jangan lewat pulang buku. Mudah bukan? Kita sentuh contoh lain. Seorang teman bernama Jamil(bukan nama sebenar:D) meminjam motor daripada Rahmat (bukan nama sebenar). Rahmat mensyaratkan Jamil memulangkan motornya dengan tangki minyak terisi penuh. Walhal pada asalnya tangki minyaknya tidak penuh. Juga ada penambahan. Tetapi riba ini tidak diistilahkan sebagai Riba Al-Jahiliyah(selain digelar Riba Al-Quran, turut digelar Riba al-Nasiah(hutang). Riba ini dipanggil Riba al-Fadl (Tambahan). Bagaimana nak mengelak daripada terlibat dengan riba jenis ini? Jangan mensyaratkan tangki minyak diisi penuh. InsyaAllah membantu seorang sahabat lebih bernilai(pahalanya) daripada minyak motor(harga minyak RON95 pun murah :D)

InsyaAllah akan bersambung di siri kedua....

Selamat Berpuasa.!!

Selasa, 7 Julai 2009

Riba Bukan Sekadar Pada Faedah

Riba Bukan Sekadar Pada Faedah

Disediakan oleh : Mohammad Azizul

www.al-insyirah.co.nr

Apa itu riba?

Umum mendefinisikan riba sebagai “keuntungan yang berlebihan” ataupun “faedah” yang diterima daripada transaksi pinjaman. Ramai yang melihat hanya wang yang bertindak sebagai medium urus niaga riba. Realitinya riba bukan sesuatu yang mudah untuk dielak, malah diriwayatkan bahawa umat akhir zaman tidak akan terlepas daripada debu – debu riba, walhal dosa riba yang paling ringan sama beratnya dengan dosa berzina dengan ibu kandung sendiri. Riba secara bahasa bermaksud ziyadah (penambahan). Sebarang bentuk transaksi yang melibatkan pertukaran nilai, antara barang ribawi mesti bebas daripada perubahan nilai secara bathil(salah). Jadi adakah interest salah?

Wang ialah pokok, yang sentiasa berbunga

Institusi perbankan berdiri atas dasar pinjam meminjam, dalam perbankan konvensional pendeposit meminjamkan wang kepada pihak bank dan wang itu akan disatukan bersama dengan wang – wang pendeposit yang lain dan akan dipergunakan sama ada melalui pemberian pinjaman ataupun pelaburan. Sebagai balasan atas pinjaman yang diberikan, peminjam akan memulangkan pinjaman (pokok) bersama – sama dengan faedah( bunga). Andai difikir sepintas lalu, tentu sekali ia ialah transaksi yang adil bukan? Masing – masing dalam keadaan menang – menang, pandangan itu meleset sama sekali. Islam ialah Ad-Deen yang syumul , melengkapkan manusia dengan cara hidup yang terbaik, termasuk sekiranya penganutnya kesempitan wang. Istilah pinjam ialah bahasa halus kepada perbuatan berhutang, dan lazimnya mereka yang berhutang ialah orang yang memerlukan bantuan, yang kesempitan wang. Tentu sekali sesuatu yang zalim mengambil keuntungan keatas mereka yang kesempitan bukan?

Tetapi Bank bukan Pusat Kebajikan

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), Maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.”

Surah Al Baqarah, Ayat 245

Sekiranya seseorang mukmin itu memberi pinjaman dan hanya menerima pinjamannya kembali dengan nilai yang sama , Allah akan membalas kebaikannya dengan sepuluh kali ganda. Itulah balasan mereka yang memberi pinjaman secara baik kerana memberi pinjaman sama seperti bersedekah, membantu mereka yang memerlukan. Tetapi Bank(Islam) bukan peminjam dan bukan pemberi pinjaman. Semua pihak mempunyai peranannya dalam dunia ini, baik benda hidup seperti bakteria di dalam tanah, mahupun Matahari di langit. Begitu juga bank, sektor kewangan(financial sector) ialah dompet bagi sistem ekonomi, disitulah dana(fund) disalurkan daripada yang mempunyai dana lebihan(surplus) kepada yang memerlukan dana(deficit).

Apabila kita ingin membeli rumah yang berharga RM 300,000 dan kita hanya mampu membayar RM 100,000 , kita akan mencari institusi kewangan (financial institution) seperti bank dan finance house untuk membiaya(finance) pembelian tersebut. Bagaimanapun dalam operasi bank Islam, pembiayaan tidak dilakukan secara pinjam meminjam, sebaliknya melalui urusniaga lain seperti jual beli atau perkongsian. Melalui konsep Al Bai Bithaman Ajil(jual beli dengan bayaran tertangguh), bank akan membeli rumah tersebut secara tunai dan akan menjual kembali kepada kita secara hutang ansuran. Berbanding transaksi pinjam meminjam, berbeza bukan? Tetapi akhirnya kita terpaksa berhutang juga, tetapi adakah ianya sama dengan pinjaman konvensional?

Andai Wang seperti pokok, ia juga bernafas dan sakit

Allah Maha Mengetahui, Dia tahu manusia akan berhenti menggunakan matawang dinar dan standard emas yang Berjaya menstabilkan nilai matawang. Wang yang kita gunakan ialah wang fiat, tertakluk kepada kerajaan, wang yang berada di poket kita mungkin menerima nasib yang sama dengan wang di Iraq selepas penaklukan Amerika Syarikat dan Wang Pisang selepas kejatuhan penjajah Jepun. Nilainya lebih rendah berbanding nilai sewaktu dicetak. Peristiwa kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 yang menyaksikan kejatuhan matawang menyebabkan ramai firma terpaksa gulung tikar, dan ramai yang gagal membayar pinjamannya semula. Salah satu daripada penyebab kepada keadaan ini ialah nilai matawang yang rendah menyebabkan kadar BLR(Base Lending Rate) yang diguna pakai untuk transaksi pinjam meminjam meningkat sehingga ke tahap “melampau”, malah mereka berkemungkinan berhadapan dengan compounding interest. Bagi pelanggan bank Islam pula, mereka selamat dengan kadar pembayaran balik yang tetap. Allah yang Maha Bijaksana mengharamkan riba dan membenarkan jual beli kerana akad jual beli lebih adil berbanding transaksi pinjam meminjam yang bukan sahaja berselimut riba, tetapi juga beralaskan gharar(ketidak tentuan).

Tetapi kenapa kadar bayaran di bank Islam lebih tinggi berbanding konvensional

Selalunya ayam yang disembelih lebih mahal berbanding ayam yang mati lemas. Bergantung kepada jenis pembiayaan yang dibuat, sama ada secara jual beli, perkongsian atau pelaburan(dalam bank Islam, tiada istilah pinjaman) kadar bayaran boleh menjadi lebih rendah berbanding kaedah konvensional. Terdapat pelbagai faktor menyebabkan perbezaan antara kadar bayaran menurut kaedah Islam dengan konvensional. Sebahagian daripada faktor tersebut ialah kadar berubah yang dialami oleh sektor konvensional, tempoh kontrak untuk kaedah jual beli menurut Islam, dan kadar perkongsian untuk kaedah perkongsian menurut Islam. Bagaimanapun sebagai ummat Islam, murah mahal hanyalah ujian kecil dalam menilai iman kita, adakah kita sanggup membayar lebih mahal untuk rezeki lebih berkah atau tidak.

Jadi adakah Riba hanya pada faedah?

Andai disemak , kebanyakan kamus dan penterjemah menyamakan riba dengan usury, bukan faedah (interest). Jadi apabila anda bertanya kepada personel bank konvensional, adakah mereka terlibat dengan riba, mereka mungkin akan menjawab “ kami tiada sebarang unsur usury dalam operasi kami” walaupun mereka terlibat secara langsung. Riba boleh berlaku dalam tiga keadaan, pemanjangan hutang, pertukaran barang, dan bayaran tertangguh. Pemanjangan hutang menjadi batil apabila penghutang terpaksa membayar lebih untuk hutang yang dipanjangkan tempohnya. Pertukaran barang menjadi batil apabila barangan ribawi ditukar secara berbeza masa atau bilangan, contohnya apabila tiga kilogram beras jenama X ditukarkan dengan dua kilogram beras Y,transaksi ini adalah batil, walaupun tiga kilogram beras jenama X sama nilainya dalam Ringgit Malaysia dengan dua kilogram beras Y.

Apakah Punca Riba?

Dunia mewarisi sistem kewangan dan perbankan eropah yang kaya dengan unsur riba , salah satu punca riba ini ialah kegagalan negara- negara Islam untuk bersepakat mengguna pakai sistem ekonomi (bukan sekadar sistem kewangan). Sehingga artikel ini ditulis (sepanjang pengetahuan penulis) hanya ada tiga Negara Islam mengguna pakai sisten ekonomi Islam tulen dan salah satu daripada Negara itu ialah Republik Iran. Sistem ekonomi Islam yang lengkap menjanjikan sekuriti keatas sistem kewangan itu sendiri, dengan penggunaan matawang dinar yang lebih stabil, dan sistem kewangan bukan berasaskan hutang, tidak akan berlaku putaran roda “10 years economic recession circle”. Selain itu umat Islam sendiri gagal menyelami sistem ekonomi Islam yang turut melihat setiap aktiviti ekonomi memberi pulangan akhirat (pahala dan dosa). Menurut Islam, berbelanja dengan betul ialah ibadah yang turut memberikan ganjaran pahala kepada pembeli, kenyataan ini ialah motivasi langsung yang menyebabkan aliran matawang dalam ekonomi mengalir dengan lancar dan menyokong perkembangan ekonomi. Malangnya subjek ekonomi Islam tiada dalam silibus pendidikan menengah, dan subjek ekonomi bukan subjek teras, menjadikan ramai saintis, doktor, dan jurutera gagal memahami kenapa inflasi berlaku.

Apa yang boleh disumbangkan?

Seperti yang dijelaskan, setiap orang mempunyai peranan masing – masing, ramai calon STPM akan menulis kesimpulan dengan kata – kata “ semua pihak perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah/isu ini”. Bagi mereka yang sedang belajar, belajarlah dengan tekun, bagi mereka yang selesai menduduki peperiksaan awam, baik SPM , atau STPM ,dunia memerlukan sebanyak 20 juta orang pekerja dalam bidang Kewangan Islam pada 2012 sedangkan bilangan pekerja sektor ini hanyalah sebanyak 80 ribu orang sewaktu 2007. Bersediakah anda untuk menyumbang? Pelan Induk Sektor Kewangan Malaysia akan berakhir pada tahun 2010, Negara – Negara Eropah seperti Britain, Perancis dan Negara Asia Pasifik seperti Singapura dan Jepun sedang membangunkan sektor Kewangan Islam , kesemua perkembangan positif ini membuka peluang bagi graduan – graduan segar daripada kota santri. bersediakah kalian menyertai sektor ini? Bersediakah kalian berjihad mengembalikan semula kegemilangan Islam? Atau sekadar membenarkan sejarah berulang kembali? Cetakan kitab suci Al-Quran pertama kali dicetak di Venice, Italy bukan di Negara Islam. Adakah kewangan Islam akan digemilangkan oleh Negara bukan Islam yang akhirnya menukar sistem lengkap ini kepada istilah lain seperti yang berlaku kepada istilah interest-usury?

Wallahu ‘alam

Mohammad Azizul Bin Abd Aziz

Pelajar Tahun Dua

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan

(Kewangan Islam) Dengan Kepujian,

Universiti Darul Iman Malaysia,

Kuala Terengganu.


Isnin, 6 Julai 2009

Konsep Faedah, Usury Dan Riba



Disediakan oleh : Mohammad Azizul

www.al-insyirah.co.nr

Istilah faedah yang diguna pakai pada masa ini, tidak sama dengan maksud yang diguna pakai pada awal ketamadunan manusia. Istilah interest (faedah) pada asalnya membawa maksud pampasan ke atas kerugian yang ditanggung oleh pemiutang. Usury yang bermaksud faedah yang berlebihan pula mula dipisahkan daripada istilah interest (faedah) apabila golongan sarjana Kristian mula menghalalkan pengambilan keuntungan ke atas pinjaman.Di dalam ajaran Islam, riba meliputi kedua – dua jenis amalan pengambilan keuntungan ini, masa ada interest mahupun usury.

Konsep amalan mengambil keuntungan ini boleh dilihat daripada pandangan beberapa golongan. Bagi golongan Yahudi, mereka melarang sama sekali pengambilan keuntungan ke atas pinjaman melainkan terhadap kaum lain, larangan ini dinyatakan di dalam kitab suci mereka, Old Testament. Berbanding masyarakat Yahudi, masyarakat Yunani dan Romawi tidak mempunyai undang – undang khusus berkenaan amalan ini. Bagaimanapun, golongan sarjana dan ilmuan daripada kedua – dua masyarakat ini melarang keras amalan ini atas dasar membebankan penghutang yang rata – ratanya ialah golongan miskin.

Konsep amalan faedah dan usury dalam kalangan Kristian dapat dibahagikan kepada tiga tahap, pada zaman awal Kristian hingga kurun ke-12 golongan paderi awal Kristian melarang amalan ini walaupun tiada peruntukan berkenaan amalan ini dalam kitab suci mereka, New Testament .Mereka menganggap amalan ini merupakan sesuatu yang tidak bermoral.Bagaimanapun, kepesatan bidang perniagaan dan perdagangan sekitar kurun ke-12 hingga kurun ke- 16 menyebabkan golongan sarjana menilai kembali amalan ini. Penilaian meliputi aspek moral dan aspek – aspek lain seperti jenis – jenis dan bentuk undang - undang. Penilaian ini akhirnya membawa kepada pemisahan antara istilah interest dan usury, dan mereka menyimpulkan pengharaman pengambilan faedah bergantung kepada niat dan perbuatan mereka. Sekiranya mereka melakukannya untuk mendapatkan keuntungan, maka mereka dianggap berdosa.

Golongan reformis Kristian sekitar kurun ke – 16 pula berpendapat faedah hanya berdosa sekiranya menyakiti seseorang. Faedah diperlukan untuk perniagaan, tetapi tidak boleh dijadikan sebagai satu pekerjaan. Charles Du Moulin seorang reformis berpendapat, faedah yang sederhana adalah dibenarkan. Claude Saumise, yang juga seorang reformis pula berpendapat orang yang meminjamkan wangnya memberikan perkhidmatan yang amat berguna untuk masyarakat. Bagi golongan reformis, faedah boleh membantu peniaga dan mengembangkan ekonomi, oleh itu dosa pahala tidak lagi menjadi pertimbangan.

Islam melarang mengambilan riba(interest mahupun usury), malah larangannya jelas diterangkan di dalam Al-Quran dan hadith – hadith sahih . Secara umumnya, riba’ boleh dikelaskan kepada dua jenis, iaitu riba al – nasiah atau riba hutang, dan riba al – fald atau riba jualan. Riba al – nasiah yang berlaku akibat penambahan jumlah hutang akibat pemanjangan tempoh balik dijelaskan larangannya di dalam Al – Quran , manakala riba al – fald yang berlaku akibat dua keadaan iaitu penambahan barang tukaran, dan bayaran tertangguh dijelaskan melalui hadis.

Mazhab – Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah mengharamkan amalan riba dan perbezaan pendapat dalam kalangan mazhab lebih meliputi perkara – perkara seperti urus niaga yang melibatkan riba dan harta benda yang tertakluk oleh riba.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sarjana dan ulama Islam yang berijtihad mengenai isu riba. Paling ketara beberapa golongan yang cuba menghalalkan amalan riba atas sekiranya tidak menzalimi peminjam dan atas alasan inflasi.

Kesimpulannya, setiap golongan mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan amalan mengambil keuntungan daripada pinjaman, bagaimanapun, umat Islam dikurniakan rahmat dengan turunnya Al-Quran dan terutusnya Rasulullah S.A.W yang memberikan ketetapan yang muktamad berkenaan amalan ini.

Wallahu a’lam.

Jumaat, 5 Jun 2009

Umar bin Abd al-Aziz

Entry dibawah saya ambil drpd Ukhti Izyan, semoga kita sama - sama mendapat pengajaran drpd cerita ini. Insya Allah

Umar bin Abd al-Aziz (680-720) ialah khalifah Ummaiyyah yang memerintah dari tahun 717 hingga tahun 720. beliau merupakan cicit kepada khalifah kedua dalam khulafa al-rashidin iaitu Umar al-Khattab. Umar bin Abdul Aziz dilahirkan pada tahun 682. Ada dua pendapat mengenaai tempat kelahirannya iaitu pendapat pertama dia dilahirkan di Madinah manakala pendapat kedua mengatakan dia dilahirkan di Mesir. Bapanya ialah Abd al-Aziz, Gabenor Mesir dan adik kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Umar dibesarkan di Madinah dan tinggal di sana sehinggalah kematian ayahnya. Selepas itu dia dipanggil oleh Khalifah Abdul Malik ke Damsyik untuk mengahwini anak Khalifah Abdul Malik, Fatimah. Khalifah Abdul Malik meninggal dunia tidak lama kemudian dan digantikan dengan anaknya Al-Walid I yang kemudian melantik Umar sebagai Gabenor Madinah. Tidak seperti gabenor terdahulu, Umar menubuhkan sebuah majlis untuk membantunya menguruskan Madinah. Ramai orang berhijrah dari Iraq ke Madinah mencari perlindungan daripada kekejaman gabenor Iraq iaitu Hajjaj ibn Yusuf. Hal ini mendatangkan kemarahan Gabenor Iraq yang kemudiannya mendesak Khalifah Al-Walid supaya memecat Umar. Walaupun mendapat bantahan penduduk Madinah, Khalifah Al-Walid terpaksa tunduk kepada tuntutan Hajjaj.

Umar terus tinggal di Madinah sepanjang pemerintahan Khalifah Al-Walid dan Khalifah Sulaiman. Khalifah Sulaiman yang juga merupakan sepupu Umar amat mengaguminya dan melantik Umar sebagai penggantinya walaupun ditentang oleh saudara terdekatnya. Umar dengan berat hati menerima jawatan ini walaupun mencuba beberapa kali untuk mengubah keputusan Khalifah Sulaiman. Umar tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz dilantik sebagai Khalifah menggantikan Sulaiman bin Abdul Malik dalam keadaan yang beliau sendiri tidak suka akan pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang.

Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w. kemudian beliau berkata:

"Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda”.

Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: “Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan”. Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, jangan terlalu mencintai kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya lebih mencintai akhirat. Kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar.

Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Beliau membahagikan tanah jajahan Ummayyah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.

Umar juga melakukan beberapa perubahan keagamaan. Dia menghapuskan amalan menyumpah Saidina Ali Abi Talib semasa khutbah Jumaat. Khalifah Umar juga menguatkuasakan undang-undang Syariah dan menghapuskan amalan pembayaran cukai Jizyah terhadap saudara baru Islam walaupun mereka telah memeluk Islam.

Walaupun beliau tidak berminat untuk mengembangkan empayar Ummaiyyah, beliau berjaya menumpaskan beberapa pemberontakan dan penentangan.

Perubahan yang dilakukannya menimbulkan kemarahan golongan bangsawan Ummaiyyah yang kemudiannya merasuah seorang hamba untuk meracuni makanannya. Umar mengetahui mengenai perkara ini dan memaafkan pesalah ini. Beliau wafat pada tahun 720 di Aleppo. Beliau digantikan oleh sepupunya Yazid II.


Kisah kesederhanaan dan kezuhudan Umar bin Abdul Azizi.

Suatu hari Khalifah Umar Abdul Aziz berpidato di hadapan kaum muslimin. Sebagaimana biasa, pidato beliau sangat menarik dan memikat para pendengar. Akan tetapi pada kali ini, selain daripada kandungan pidatonya, gerak-geri Khalifah pula turut menjadi perhatian. Khalifah sering memegang dan mengibas-ngibaskan bajunya ketika berpidato, sesekali di sebelah kanan dan sesekali di sebelah kiri. Dengan demikian orang ramai menyedari bahawa gerakan tangan Khalifah tidak ada kena mengena dengan kandungan pidato.

Setelah Khalifah turun daripada tempat berpidato, mereka bertanya sesama sendiri dan akhirnya diketahui rahsianya.

Dikatakan bahawa baju yang dipakai Khalifah baru saja dibasuh dan belum kering. Kerana ketiadaan baju lagi, maka baju itu dipakainya juga. Oleh itu beliau selalu mengerak-gerakkan bajunya ketika berpidato agar cepat kering. Ketika Khalifah Umar sakit, pakaian yang dipakainya telah kotor.

Muslimah Abdul Aziz kakak Fatimah Abul Malik datang menemui adiknya dan melihat Khalifah yang sedang sakit. "Fatimah, basuhlah pakaian Khalifah itu. Sekejap lagi orang ramai akan masuk menemuinya", tegur Muslimah. "Demi Allah, beliau tidak punya pakaian lagi kecuali yang dipakai itu", jawab Fatimah.

Seorang perempuan Mesir telah datang ke Damsyik kerana ingin bertemu dengan Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz. Dia bertanya-tanya di mana istana Khalifah dan orang ramai menunjukkannya. Sampai saja di rumah yang dimaksudkan, perempuan Mesir itu bertemu dengan seorang perempuan yang memakai pakaian yang sudah lusuh dan buruk dan seorang lelaki sedang bergelumang dengan tanah kerana memperbaiki rumahnya.

Perempuan itu bertanya lagi dan apabila mengetahui bahawa perempuan yang ditanya adalah Fatimah isteri Khalifah, dia terkejut luar biasa. Kerena mana ada seorang permaisuri raja yang berkuasa memakai baju buruk seperti itu. Dia merasa takut dan kagum. Akan tetapi Fatimah pandai melayan, sehingga tetamu itu berasa suka dan tenang hatinya. "Mengapa puan tidak menutup diri daripada lelaki tukang bancuh pasir itu?" tanya perempuan Mesir itu. "Tukang bancuh pasir itulah Amirul Mukminin" jawab Fatimah sambil tersenyum.

Sekali lagi tetamu itu terkejut dan beristighfar. Khalifah Umar tidak mempunyai pelayan kecuali seorang kanak-kanak lelaki. Dialah satu-satunya khadam dalam istana Umar. Fatimah memberinya makan kacang setiap hari sehingga si pelayan menjadi bosan. "Kacang..kacang. ..setiap hari kacang," kata si pelayan merungut. "Inilah makanan tuanmu Amirul Mukminin, wahai anakanda," kata Fatimah.

Diceritakan bahawa seorang lelaki dan isterinya di Syam telah merelakan anaknya ikut berperang di jalan Allah dan menemu syahid di medang perang. Beberapa masa kemudian dia melihat seorang lelaki dengan menunggang kuda menuju kearahnya. Setelah diperhatikan, ternyata pemuda itu seiras anaknya yang telah meninggal dunia. "Hai, cuba kamu lihat pemuda yang berkuda itu, seperti anak kitakan?" kata lelaki itu kepada isterinya. "Semoga Allah merahmati engkau. Janganlah tertipu oleh syaitan. Anak kita sudah syahid, bagaimana boleh menunggang kuda seperti itu?" kata isterinya.

Sementara suami isteri itu memperhatikan dengan betul, tiba-tiba pemuda menunggang kuda itu telah berada di hadapannya. "Assalamualaikum." kata penunggang kuda. "Waalikumsalam," jawab kedua-dua suami isteri itu. Ternyata dia memang anaknya, maka terkejutlah kedua-dua ibu bapa itu sambil segera memeluknya. Mereka gembira luar biasa bercampur hairan. "Ayah, ibu tetap saja di situ," kata pemuda itu menegur. "Saya bukan seperti ayah dan ibu lagi, demikian juga ayah dan ibu bukan seperti saya. Saya datang pun bukan untuk pulang kepada ayah dan ibu." Kedua-dua ibu bapa faham akan maksud anaknya, mereka pun bertenang.

Kemudian anak itu menerangkan bahawa kedatangannya bukan sengaja.
"Sebenarnya aku datang bukan untuk mengunjungi ayah dan ibu, tetapi hanya mengambil kesempatan saja dalam keperluan lain. Iaitu Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz telah wafat. Golongan syuhada minta izin kepada Allah untuk hadir dalam pengurusan janazahnya.

Allah memperkenankan permintaan mereka dan saya termasuk di antaranya." Kemudian dia bertanya keadaan kedua ibu bapanya, menghormatinya dan menjanjikan kebaikan daripada Allah. Lepas itu dia mendoakan ibu bapanya memberi salam lalu pergi. Dengan itu penduduk kampung mengetahui bahawa khalifah mereka, Umar Abdul Aziz telah wafat.

Kerbau pun bersatu



Kalau kerbau boleh bersatu , kenapa kita susah nak bersatu? Jawapannya mudah saja. Sebab kerbau tak berakal (itu tanggapan kita kan?) dia just ada otak je, sama mcm kita ada otak!

jadi apa yang membezakan? kenapa mereka bersatu? kenapa kita susah bersatu? kalau betullah kerana nafsu, kerbau lagi bernafsu.... jadi kenapa ek? sebab akal kita ni yang membezakan baik dan buruk, amat jarang dipasakkan dengan ilmu untuk mempunyai sifat kekitaan. Kita hidup dalam jalur kehidupan yang mementingkan sifat ananiyyah , sifat keakuan. Asalkan aku selamat, yang lain terpulanglah. Macam dalam kes kerbau tu, kalau ditukarnya yang bersifat keakuan ni, selagi anak kerbau tu bukan anak dia, selagi itulah dia buat don't know . Kenapa?

fikir - fikirkan. :D

Business Minded

Assalamualaikum,

Kali ini diri ini nak bercerita tentang insan business minded. Rata - rata yang kenal saya tahu yang saya ni bizmid(skingkatan utk business minded) . Kecenderungan kepada dunia perniagaan. Sewaktu saya di tingkatan 3 , saya pernah mengambil ujian analisis inventori kendiri. dan hasil ujiannya saya berkod ISA (Investivative, Sosialist, Artistic) erm.... takde pun E for Enterprising. Kemudian saya mengambil semula ujian ini dengan keputusan saya berkod ESI . Maknanya saya cenderung ke bindang Business. Macam mana kod ini boleh berubah ya?


Pergunakan Otak yang dianugerahkan sebaiknya!!


Saya mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan seawal usia 8 tahun(tak lah hebat sangat ) sewaktu itu saya berniaga dengan menjual trading card(kad dengan imej karakter Dragon Ball) dan sewaktu saya di tingkatan 3 saya kehilangan Handphone saya. nak buat mcm mana?..... so... berniagalah. Dengan menggunakan deria keenam(chit...poyo...) saya mencari peluang yang ada ... jual beli buku teks... nak tahu kenapa? time tu waktu cuti sekolah. org sibuk2 nak beli buku teks. Tapi mak ayah kan selalu bz? so.. saya belikan lah, dapat upah, nak tambah lagi? time tu gaklah ada promosi buku teks sebanyak 20% dan promosi buku rujukan sebanyak 40% wah.. kalau saya jual buku teks sebanyak 5 buku. saya dapat 1 buku percuma kan? .. ada lagi, time tu gak lah kita wat bisnes jual buku second hand. buku kita beli dengan harga 40% dan kita jual balik dengan nilai sebanyak 60%. keuntungan yang dicari memang just 20% je .so... dapatlah beli handset. waktu tu kita kecik lagi. ari2 g kajang bawak beg berat2.... hurm... tak terlupa punya pengalaman.

ada banyak peluang perniagaan yg saya jumpa. contohnya awal tahun ni tengah2 nak top up hp tiba2Celcom berikan bonus Kredit 2 kali ganda . kalau kita top up kali pertama RM 100. kita dapat nilai RM 200 , tapi dia bagi secara beransur2 la... kadar maksima berapa? erm.... teka lah... rahsia so, lepas ni... try buka mata luas - luas dan cuba tanamkan dalam doa harian . Minta dimurahkan rezeki oleh Ar - Rahman. Azizul selalu teringat kata - kata seorg panel dalam forum di Astro Awani.


Idea is just idea until you change it into opportunity


Apa pendapat kalian tentang bizmid ni? okey tak? 9 daripada 10 pintu rezeki lewat perniagaan. Berapa ramai ulama' yang kita kenali bergelar usahawan? Rasulullah SAW ialah model utama seorang usahawan, begitu juga Saidina Usman Bin Affan dan Saidina Abdul Rahaman Bin Auf . Dengan Izin Allah S.W.T , Perdagangan yang menjadi nadi nusantara suatu masa dulu menyebabkan Islam menapak di bumi bertuah ini. sekarang ummat kekurangan tokoh perniagaan. Jom kita berjihad dalam medan ekonomi!!!!!! kita kena mengaku bahawa kuasa politik dunia dikuasai oleh tokoh ekonomi. Macam di A. S , adakah kalian yakin Obama ialah orang paling berkuasa di dunia? hurm.. ada berlambak - lambak seteru islam dalam bidang ekonomi, Juara Tembakau ->Phillips Morris, Juara Pelaburan Warren Buffet , Juara Media Rupert Murdoch. hai kawan... adakah kalian nak terus dipukau oleh kotak hantu bernama TV ? Wake Up!!!

Tetapi, kenapa ramai Bizmid yang penipu ek? itulah idup mencari rezeki ek? kita hidp ni bukan nak cari rezeki je.. duit kat poket kita ni selagi tak memberi manafaat kepada kita tak digelar rezeki pun. yg dicari2 tu hanya harta2 je.. bukan rezeki. Sampai sekarang diri ini mencari kenapa para Mujahid dulu dapat hidup dalam keadaan panas terik, dalam keadaan yang payah dan masih mampu bertempur di medan jihad dengan gagah. walhal mereka membiasakan diri mereka dengan puasa di siang hari dan tahajjud di malam hari ( rasanya dah dapat jawapan lepas dok pening kepala baca beberapa buku tentang khasiat tahajjud dan puasa)
Wahai Bizmid sekalian (lagi2 yang dok ngajak g join skim2 "mengarut") ingat. hidup hanya sekali. Carilah bekalan dengan secukupnya. ambil dunia seperlunya.

Wallahu 'alam

Berakhirnya Pra Praktikal

Berakhirnya Pra Praktikal

Assalamualaikum,

Hari ini merupakan hari terakhir diri ini bekerja di RemitXpress, cawangan Kajang. Syarikat ini merupakan syarikat remittane yang beribu pejabat di Bintulu Sarawak dan mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. Hanya dengan caj perkhidmatan sebanyak RM 10 , pengguna boleh mengirim wang sehingga RM 50, 000.00 dengan kadar flat rate . Bagi diri ini, kadar ini ialah kadar terendah di dalam pasaran. Pasaran remittance sememangnya pasaran yang agak tepu di kawasan sekitar Kajang - Semenyih - Bangi .

ai... bunyi macam nak promote je kan? Yup, saya tengah promote. Promote company yang telah membantu saya . seperti kata Encik Fa'eek , saya seolah - olah sedang menduduki praktikal sekarang ini. BTW, cawangan ini ialah milik En. Fa'eek , ayah kepada sahabat baik saya , Shahrul Naim. Semalam En. Fa'eek seolah - olah faham, banyak lagi yang saya nak belajar dan memberikan lecture yang terakhir . Mengajar bagaimana transaksi dibuat, dan prinsip - prinsip pengapungan nilai matawang asing di Central Bank of Indonesia untuk meminimakan kos dan kekal kompetatif dalam pasaran.

Kepada Kak Asiah dan Pa'an, dua orang staff yang saya bertugas bersama - sama saya.
Semoga Allah merahmati kalian berdua dan mendapat keberkatan dalam menjalani segala tugas yang dilaksanakan. Ingat, kerja itu Ibadah! begitu juga kepada jiran - jiran yang berniaga di lot kedai yang sama dengan kami. Ilanglah Ustaz sorg ni(Amin...) nanti Pa'an pulak yang jadi Ustaz ek!.

جزاك اللهُ خيراً‎.

Selasa, 2 Jun 2009

hipokrit; kekal atau berubah

Assalamualaikum,

sesiapa yang pernah membaca post saya yang bertajuk
Kembali menjadi Azizul yang asal tentu pernah membaca petikan

Do I Need to Change? Yes , to the better one, but how is the better one? I knew how is it. Just wait and see….
bagi diri ini, apabila seseorang itu tidak pernah berubah...ada "something wrong" dengan dia. Umum selalu mendengar,

jangan hipokrit, jadi diri awak sendiri


tidak kurang juga ada yang berkata

kau kenalah berubah!

jadi mana satu yang perlu kita ikut? bagi diri ini, sekiranya kamu berubah, kamu bukan menjadi orang lain. kamu kekal dengan identiti kamu yang dah berubah! apabila seekor ayam membesar, dia akan menjadi "bapak ayam" :D hehehe... beridentitikan ayam. tapi kalau dia tak sedar diri, dia mungkin akan jadi "bapak ayam" yang berlambak di lorong2 gelap di kota raya. :D

kalau saya berubah lepas ini, itu ialah satu realiti, satu proses hakiki yang telah ditentukan sejak azali. Tetapi saya juga mempunyai tanggung jawab untuk berubah mengikut acuan yang saya pilih.

bagaimana acuan begitulah bentuk kuihnya

itulah pepatah melayu kan? tapi siapa yg tentukan acuan itu?


Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Setiap anak yang lahir, dilahirkan dalam keadaan suci dan islam, yang menjadikannya Yahudi, Nashrani, atau Majusi adalah orang tuanya" (HR.Al-Bukhori)


Ya, andai anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencoretkan warna - warna, merekalah yang akan memateri nilai - nilai, sama ada ,baik atau buruk ke dalam diri anak - anak. Jadi adakah mereka juga yang perlu dipersalahkan andai kain yang dicorak membawa nilai buruk kepada masyarakat? Adakah ibu bapa yang perlu dipersalahkan andai anak gadis mereka berpeleseran bersama - sama dengan jantan bermata kelawar? Bagaimana pula dengan tanggung jawab masyarakat?


secara jujurnya kita semua sedar, dalam Islam, jiran dan masyarakat ialah sebahagian daripada hidup kita. Kita salah satu substance dalam masyarakat. secara kolektifnya kita juga perlu mengambil berat hal - hal berkaitan masyarakat kita, termasuklah perkembangan anak muda di persekitaran kita. Saya lihat kebanyakan anak muda "sedarah"(Berketurunan Bawean) dengan saya kini sesat dalam kabus hedonisme, bahkan peratusan mereka yang menyambung belajar selepas menduduki SPM rendah berbanding masyarakat melayu. Masyarakat sekitar juga kini berubah, saya lihat kurang sikap ambil tahu dalam masyarakat kami. berbeza dengan sewaktu kawasan perumahan itu ialah kawasan rumah setinggan. InsyaAllah saya akan mengusulkan kepada "golongan tua" supaya mereka membuat sesuatu demi anak muda kami.


Masyarakat memainkan peranan penting termasuklah rakan - rakan , itu tidak dapat dinafikan. Jadi bagaimana dengan diri kita sendiri? Sekiranya ibu bapa dan persekitaran membawa pengaruh kepada kita, adakah kita akan gagal akibat daripada faktor ini? adakah kita tidak mampu menghentikan proses ini sama sekali? Ya, tentu sekali , kita turut sama memainkan peranan dalam menentukan jalan yang kita ingin lalui. Jalan yang hendak dituju, mereka hanya petunjuk jalan, yang akan melaluinya adalah kita. Sekiranya saya mengikut arahan ayah saya yang mahu saya belajar ilmu agama di pesantren di Indonesia sewaktu saya berusia 12 tahun, mungkin saya tidak akan menaip sekarang ini, mungkin saya tidak akan kenal siapa anda (pembaca yang saya kenali) mungkin saya ialah seorang yang lebih baik, lebih musleh, lebih soleh kepada ibu bapa, mungkin Wallahu 'alam . Tetapi waktu itu saya menolak, saya memilih untuk bersama dengan ibu saya, dan memilih untuk mengikut arahan ibu saya berbanding arahan ayah saya. Itu adalah pilihan yang saya pilih, dan saya tidak menyesal


Begitu juga pilihan yang mendatang, kita akan berubah, corak - corak di "kain" yang dahulunya dilukis oleh kedua ibu bapa, kita turut sama mencoraknya. Adakah kita ingin kekal muslim, atau menjadi munafik, bukankah itu kehendak kita sendiri? Kita bukan dari golongan Jabariah, juga bukan dari golongan Qadariah. Aqidah Jabariah melahirkan golongan bersifat fatalistik, manusia terpaksa bertanggungjawab atas ketentuan Allah S.W.T . Mengibaratkan diri mereka ibarat kapas yang akan menuruti aliran angin.Qadariah pula mendidik manusia menjadi optimistik. Manusia yang menentukan baik buruk kelakuan mereka. kita bukan daripada kedua - dua golongan. Allah menetapkan baik buruk kita, bergantung pada usaha kita untuk meraih ketentuannya.


Pernah tercatat dalam sejarah Islam bahawa Saidina Umar al-Khattab menolak pemergiannya ke negeri Syam tatkala berlakunya wabak taun di sana. lalu ada orang berkata kepadanya: Adakah tuan hendak lari dari takdir Tuhan? Ujar Saidina Umar: Kita lari dari takdir Tuhan kepada takdir Tuhan. Proses pencarian identiti diri saya masih belum berhenti. Ya saya muslim, anak sulung, pelajar dll. identiti bukan sekadar pengenalan diri, bukan sekadar jati diri, mencari identiti bermaksud mengolah kelemahan yang kita ada menjadi kekuatan kita dan mengukuhkan kekuatan kita dengan amalan dan pengetahuan. Berapa ramai yang menggunakan potensi tubuh badannya 100% ? ramai yang menjadikan otak sebagai kayu pengukur, saya pilih contoh lain yang lebih mudah , mata. berapa ramai yang menggunakan matanya secara optimum (memandangkan mata saya agak "rosak/rabun je) menggunakan mata untuk melihat keindahan dan keagungan ciptaan Illahi disamping menjaga mata (ingat tu....)



Ibu bapa, dan masyarakat ibarat angin di tengah lautan , dan kita ibarat kapal layar, untuk menuju ke jalan yang lurus, untuk mencapai Mardhotillah, untuk mencapai taraf seorang Mukmin. andai angin melintang adakah kita mengubah arah angin? Mampukah kita? andai kita nak menjadi seorang yang alim, dalam kota kejahilan adakah kita hendak membuang masyarakat kita lalu hidup nafsi nafsi? Jalan yang terbaik ialah kita mengubah layar kita, kita seiringan dengan angin, dan melayar ke laluan yang lurus, menuju ke arah Agama yang satu.

Justify Full
ingat. mengubah layar, bukan mengubah angin. !

InsyaAllah , andai kalian melihat saya berbeza dengan apa yang kalian sangkakan, itu bukan hipokrit. Hipokrit itu satu istilah yang berbahaya, sama istilahnya dengan munafiq . Apa yang kalian lihat ialah saya, kita tidak akan kenal 100% orang disekitar kita. Doakanlah saya berubah menjadi Mohammad Azizul Bin Abd Aziz yang lebih baik berbanding semalam. Amin....



Sabtu, 30 Mei 2009

Kerana Cinta, ku korbankan Cita - Cita


Assalamualaikum,

kerana cinta, ku korbankan cita - cita. Bagi yang berdarah pesimistik pasti akan menyangka cinta yang diri ini cuba bicarakan ialah cinta remaja yang "entah ke mana - mana" . Erm , Semalam diri ini diizinkan oleh Allah S.W.T untuk berjumpa dengan sahabat lama, Safura, yang sudah hampir 5 tahun tidak berjumpa. Safura ialah kawan baikku yang kukenal sejak aku berpindah ke kajang 11 tahun yang lalu. Dialah juga saksi kepada beberapa situasi "dilema" yang diri ini lalui.

Dia kini bekerja di sebuah kedai cermin mata; NR Optometris di Taman Mesra, bersama - sama dengan kawan lamaku, Ridzuan. baru sahaja selesai mengikuti pengajian Dip. di UiTM. satu yang menjadi persoalan , kenapa dia tidak mahu sambung belajar seperti yang lain?

persoalan ini membuka cerita duka. Ayahandanya telah kembali ke Rahmatullah, dan dia kini menjadi kakak sulung merangkap anak yang bertanggungjawab kepada keluarga . kerana cinta kepada keluarganya, dia memilih untuk mengorbankan cita - citanya.

diri ini tidak pernah kenal secara rapat dengan Allahyarham . Allahyarham pernah mendeklamasikan sajak nukilan ku sewaktu majlis sambutan kemerdekaan di taman perumahan mereka. cukuplah diri ini katakan Allahyarham seorang yang baik. cukup baik...Semoga Allah memberkati keluarga ini, merahmati Allahyarham.

situasi ini bukan kali pertama kulihat, Elfiandri, juga sahabat baikku memilih untuk bekerja dan membantu menyara keluarga memandangkan dialah anak sulung dan ketua keluarga. dan kini, dia baru melaporkan diri untuk mengikuti pengajian Dip. in Mass. Com . begitu juga sepupuku, Irwan yang muda setahun berbanding usiaku, dia juga memilih untuk bekerja untuk membantu keluarga, dia bekerja selepas SPM, untuk membantu kakaknya yang kini menuntut di sebuah universiti di pantai timur.


diri ini sendiri pernah melalui sendiri keadaan sebegini, bekerja dan belajar secara fulltime pada masa yang sama. buat kalian, yang sanggup menukar bidang , berhenti belajar,semata - mata kerana cinta pada keluarga. Salute!! tahniah kerana sanggup mengorbankan impian diri sendiri demi impian orang lain. demi cinta. mungkin ada suara - suara halus berkata dr belakang, ujian mereka tidak terlalu besar. tak payahpun. andai suara - suara itu sendiri melalui jalan ini, mereka pasti terbisu.

mereka yang mencintai ilmu pasti teras perit taktala berpisah dengan kekasihnya. hidup bersantri bukan sesuatu yang mudah. banyak yang perlu dikorbankan, dan lazimnya antara cinta dan cita - cita, mereka yang mencintai ilmu pasti akan mengorbankan cita - cita mereka. sebab mereka tahu. Allah akan menggantikan cita - cita mereka dengan yang lebih baik.

Insya Allah.

Buat Safura, sahabatku yang kehilangan yang tersayang. Ku harap kalian kekal dalam ketenangan menikmati kasih sayang Allah.

bersama - samalah kita sedekahkan al - fatihah buat Arwah.


Assalamualaikum.

Guru, Oh Cikgu!


Assalamualaikum,




rasanya memang terlewat untuk mengucapkan selamat hari gurukan? tetapi warga SMK. Sultan Abd Aziz Shah , Kajang , baru sahaja menyambutnya semalam. Jadi.....kire tak lewatlah ek.




Kepada semua guru2 di malaysia, saya, Mohd Azizul B. Abd Aziz, mengucapkan selamat menyambut hari guru, jasamu terus ku kenang biar aku hidup cemerlang. Baru semalam cuti bekerja, so dapatlah luangkan masa utk jumpa cikgu di sekolah, kebetulan plak ada sambutan hari guru. banyaklah juga kejadian2 yg "mendamaikan" . berjumpa dengan teman2 lama, tak sangka ada dlm 5 org kawan sekelas akan menjadi "cikgu" di SAAS untuk tugasan ROS mereka.




kepada Cikgu Suhairi, Athirah, Farah, Amier, Haikal(argh...sampai skarang tak percaya) Good luck. Gambate !!!




Kpd Cikgu2 kesayangan saya ,




Terutama


Pn. Kamilah, cikgu kelas Ting. 2 tapi diri ini still call sampai tingkatan 6, sampai hafal no :)


Pn. Hanizah Hassan, Cikgu Library yg jaga diri ni drpd Ting. 2, akhirnya berjodoh menuntut dlm kelas cikgu waktu tingkatan 6. terima kasih... betul kata cikgu... sayalah anak murid yg membesar dpn cikgu.


Pn. Norsewati, Cikgu Fizik paling best, never give up for her students...erm, walaupun hati saya tak kering, saya akan terus menerus mencintai ilmu, lagi2 yg cikgu wariskan :D



Saya bermuka poyo sewaktu grad, sambil mengapit Pn. Fatimah Majid dengan Siti Fairus




Pn. Fatimah Majid, Cikgu yg banyak back up saya , walaupun saya pemegang status student paling banyak kali ponteng skolah(seminggu cuma 2 kali je..) terima kasih sebab memahami masalah saya, InsyaAllah, saya akan kembali menulis, melangsaikan artikel2 khas utk cikgu.




kalau nak ditulis memang takkan cukup..dan banyak lagi,



Cikgu , Terima Kasih.!!!

Khamis, 28 Mei 2009

Azizul bila nak menulis semula?

Assalamualaikum,

dah lama tak update blog, ramai gak kawan2 yang tanya, bila diri ini nak kembali menulis, alah... my passion dah hilang lah... dah takde mood nak menulis, kalau dah ilang. tekan keyboard pun jadi tak seronok.

beberapa minggu lepas, diri ini mendapat khabar, seorang yang sangat rapat dihati telah berjaya menerbitkan sebuah novel islami, ha... dua bulan lepas diri ini baru je mengeluh pada dia, betapa susahnya kita dok ngantor manuskrip kepda publisher.. jawapan dia---> biasalah 1st time menulis. tak sangka plak dia dah pun terbitkan novelnya.

hurm... bile cerita pd Naim , dia pun cakap... adoh ko ni, g lah menulis, jadikan lah dia mentor ko.. tanya pendapat dia bla2 bla2. hahahaha... mcm mana lah kita nak tanya dia.......

dah hampir setengah tahun diri ini tak update blog, forum pun dah jarang2 aktif, tak sperti dulu. cuma , bila tempoh hari, jari ini merangkak2 dikeyboard post komen pembelaan kpd seorg teman rapat, dan kemudian , kembali ke layar forum Dr Tuah atas jemputan. dan ya... diri ini rancak menulis komen2 yg bagi diri ini, sekadar bantuan kpd yg memerlukan..

betul kata naim, bila takde passion, cuba mcm mana pun nak nulis xkan dapat nulisnye.. entah bila lah dia nak siap novel english dia tu.,.. :D but once kita dah dapat, sedar tak sedar jam dah pukul 6.30 pm, waktu nak balik :D

Insya Allah, diri ini akan cuba sebaik mungkin untuk kembali bangkit,


Cinta Aku, Dia & Kamu...

Cinta?

Ibnu
Qayyim Al Jauziah menerbitkan istilah Cinta itu kepada bermacam - macam
makna.(banyak sangat.. antaranya nafsu, kasih sayang etc)

kalau ditanya
tentang cinta, biarlah ku sentuh dari sudut kesannya.

cinta membuat
insan berani bangkit dari kegagalan.
bukan membuat insan tersungkur me"layu"
dek kerana kejayaan

kerana cinta , kita terputera, dan kerana cintalah
kita menghadap-NYA.

kerana cinta kita bersama, dan kerana cintalah, kita
berpisah...

org akan kata...
kalau nak ikhlas, niat mestilah Kerana
Allah... bukan kerana syurga-Nya, kerana keredhaan-Nya.

Ikhlas ialah
rahsia Allah, begitu juga keikhlasan dalam bercinta.

asal kiblat hati
kepada Allah, Insya - Allah .....

Wallahu 'alam

ha.... itulah cuplikan drpd Bro Anwar , senior drpd UDM :D

Sekian.. Assalamualaikum,

Azizul.